Paparan terbaik menggunakan firefox, google chrome atau IE v7.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis-jenis Ancaman Komputer

Virus ialah kod yang dicipta untuk mereplikasikan dirinya. Ia merebakkan diri dari komputer ke komputer lain. Ia mungkin meyebabkan kerosakkan hardware, software dan maklumat penting.

Worm ialah pecahan daripada virus. Ia tersebar tanpa disedari oleh pengguna dan membuat salinan dirinya yang lengkap (kemungkinan diubahsuai) melalui rangkaian setempat. Worm menggunakan ke semua memori ataupun bandwidth rangkaian, sehingga menyebabkan sesebuah komputer berhenti beroperasi.

Trojan Horse merupakan program yang kelihatan berguna tetapi hakikatnya merosakkan hardware dan maklumat penting.

Adware melampaui batasan pengiklanan yang diluar jangkaan pengguna daripada program ‘freeware’ dan ‘shareware’. Kebiasaannya satu program berasingan akan dipasang bersama program ‘shareware’ atau program yang sama jenis. Adware biasanya akan terus menerus menghasilkan iklan walaupun pengguna sudah tidak menggunakan program yang telah dipasang tersebut. Contohnya ‘search bars’, ‘advertising banners’, dan iklan ‘popup’.

Spyware ialah terma am untuk sebuah program yang memantau secara senyap segala aktikviti pengguna. Kekadang ianya boleh mengawal secara jauh, yang mana dikawal oleh penggodam. Syarikat-syarikat software memang diketahui mengumpul maklumat peribadi pelanggan melalui cara ini.

Malware ialah terma umum yang semakin popular dipergunakan untuk mengambarkan segala bentuk software perosak/pemusnah. Contohnya ‘viruses’, ‘Trojan Horses’, ‘malicious active content’, dan sebagainya.

Projek Kampung Wifi diperluas seluruh negara

Berita Harian Online
2010/10/26

KERAJAAN akan memperluaskan lagi projek Kampung Wifi, yang menyediakan kemudahan sambungan internet tanpa wayar, ke lebih 500 kampung terpilih di seluruh negara, bermula tahun depan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah meluluskan peruntukan bagi meneruskan projek itu dengan kos antara RM15,000 hingga RM20,000 setiap kampung. Katanya, walaupun semua kampung itu sudah dikenal pasti dan dalam perincian SKMM, syarikat telekomunikasi di alu-alukan menyumbangkan khidmat dan sokongan bagi menjayakan program itu ke kawasan luar bandar di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Kampung WiFi tidak memerlukan peruntukan tinggi dan mudah untuk disediakan, ia boleh dibangunkan di mana-mana kawasan yang mempunyai perkhidmatan telefon awam, cuma kalau menggunakan sambungan satelit mungkin kosnya tinggi sedikit.

“SKMM mungkin akan ke kampung Galas, lusa sebelum ke Batu Sapi bagi melihat potensi menyediakan perkhidmatan itu untuk kemudahan penduduk di sana,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Rangkaian Jalur Lebar U Mobile berkelajuan 42 Mega bit sesaat (Mbps) di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Pengerusi U Mobile Sdn Bhd, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Ketua Eksekutifnya, Dr Kaizad Heerjee.

Awal bulan lalu, Rais berkata, setakat Oktober sebanyak 11 mini CBC dibangunkan, dan tujuh kampung WiFi diwujudkan dengan terbaru di Sarawak pada bulan September.

Sementara itu, Rais berkata, dua syarikat telekomunikasi dijangka akan memperkenalkan teknologi tanpa wayar generasi keempat, 4G, dengan kelajuan capaian data 100 Mbps menjelang Mac tahun depan.

Enggan menyatakan nama syarikat terbabit, beliau berkata, kedua-dua syarikat itu sedang dalam pengujian sistem teknikal pemancaran gelombang 4G dan dijangka bersedia mencapai tahap kelajuan capaian data 100 Mbps tidak lama lagi.

“Negara kini mempunyai lebih lapan juta pengguna 3G dan sebahagian daripada mereka sudah pun bertukar kepada teknologi jalur lebar, maka pengenalan 4G adalah tambahan untuk pengguna seperti ini.

“Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga akan umumkan satu berita yang sangat baik yang amat berfaedah kepada negara,” katanya.

DBP tubuh jawatankuasa martabatkan bahasa kebangsaan

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang bertanggungjawab memartabat serta memperkasakan bahasa Melayu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu juga diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal-hal berkaitan bahasa kebangsaan serta melaksanakan program Bulan Bahasa Kebangsaan.

Beliau berkata, pihaknya sedang berbincang dengan kerajaan negeri serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menubuhkan jawatankuasa tersebut.

“Ia selaras dengan usaha kerajaan yang mahu rakyat Malaysia memartabatkan bahasa kebangsaan.

“Perbincangan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut sedang berjalan dan kami berharap ia akan dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana ia boleh menjadi ejen terbaik untuk mempromosikan bahasa Melayu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sepetang di Permodalan Nasional Berhad (PNB) bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan.

Turut hadir Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman; Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar; Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Mohd. Bakke Salleh serta Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian pantun, sajak, syair serta puisi daripada tokoh-tokoh sastera terkemuka negara seperti A. Samad Said, Zaen Kasturi, Dr. Asiah Sarji dan Lim Fheng Fheng.

Menurut Termuzi, Bulan Bahasa Kebangsaan yang bermula pada 1 Oktober lalu sehingga 31 Oktober ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai.

Katanya, sebanyak 260 aktiviti memartabatkan bahasa Melayu telah dianjurkan di seluruh negara sepanjang tempoh kempen itu berlangsung.

“Sambutan yang diterima pada tahun ini cukup menggalakkan dan ini menunjukkan sudah ada kesedaran dalam diri rakyat Malaysia tentang pentingnya memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi identiti negara kita,’’ jelasnya.

Sumber: Utusan Online - 26/10/2010
-----------------------------------------------------

Komen FS SMKSB:  Adik-adik patut memartabatkan Bahasa Melayu dalam pertuturan dan penulisan harian. Kini kebanyakkan pengguna internet gemar menggunakan bahasa-bahasa ringkas yang tidak mencerminkan keunggulan Bahasa Melayu.

Dasar baru jadikan ICT peneraju pendidikan

Usaha lahir generasi berilmu bertaraf antarabangsa

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan akan menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pengupaya utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata langkah itu meningkatkan kualiti pendidikan dan melahirkan generasi berilmu serta berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara.

“Dasar ini kesinambungan daripada inisiatif Sekolah Bestari yang menekankan penggunaan teknologi sebagai wahana menggalakkan perkembangan daya kreativiti, pembelajaran secara bekerjasama, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

“Dasar ini menggabung dan menyelaraskan semua inisiatif ICT sedia ada seperti SchoolNet, Makmal Komputer, EduWebTV, Pusat Akses dan apa jua inisiatif ICT yang dilaksanakan pada masa depan dengan tujuan meningkatkan pencapaian murid,” katanya ketika melancarkan dasar itu di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pela-jaran, Dr Rosli Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.

Difahamkan, dasar itu dilancar berikutan kajian Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri yang melaporkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 tidak menyatakan secara khusus peranan ICT sebagai pengupaya proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

EPU turut menyifatkan pelaburan RM6.1 bilion bagi inisiatif ICT untuk tempoh 1999 hingga 2009 sebagai tidak memberikan pulangan setimpal kepada pembangunan modal insan negara.

Muhyiddin berkata, dasar itu akan menjadikan amalan di negara maju sebagai penanda aras untuk memastikan komponen ICT dalam pendidikan mampu mencapai piawaian antarabangsa.

Katanya, dengan menjadikan dasar itu sebagai rujukan, pelaksanaan semua program ICT di kementerian menjurus kepada sasaran yang sama iaitu mempertingkatkan pencapaian murid dan memastikan setiap murid mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Empat asas menjadi teras dasar iaitu pembangunan modal insan berterusan, penggunaan teknologi yang sesuai bagi mengintegrasikan inisiatif ICT sedia ada dalam pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan pendidikan menggunakan ICT.

Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2010/10/13

Manfaat jalur lebar

Berita Harian Online - 2010/10/20
Oleh Jami'ah Shukri jamia@bharian.com.my

Urusan lebih mudah dengan teknologi tanpa wayar 

JALUR lebar bukan lagi dianggap satu fenomena baru dan barangan mewah, sebaliknya penggunaannya sudah semakin meluas membabitkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan lokasi. Dengan perkembangan yang semakin pesat, perkhidmatan jalur lebar juga sudah menembusi kawasan pedalaman.

Terlalu banyak manfaat dan maklumat tanpa batasan yang diperoleh menerusi khidmat jalur lebar. Penyedia perkhidmatan itu pula menawarkan rangkaian jalur lebar untuk seseorang mendapatkan peluang dalam bidang perniagaan, menambah pendapatan dan mengurangkan masa serta kos perbelanjaan.

Malah, hari ini, jalur lebar sudah menjadi satu gaya hidup dan yang paling menarik, pelbagai maklumat dan hiburan di seluruh pelosok dunia hanya diperoleh dengan sentuhan jari.

Tidak terkecuali, wanita juga mampu mendapat faedahnya, tidak kira sama ada mereka yang bekerja tetap, bekerja sendiri atau suri rumah.

Dengan kemajuan teknologi, jalur lebar membolehkan wanita bekerja dari rumah. Tanpa meninggalkan rumah, pejabat atau perlu ke luar negara, mereka masih boleh berkomunikasi secara telepersidangan dalam sebarang urusan, termasuk perniagaan dan mesyuarat bersifat peribadi.

Jalur lebar membantu menghubungkan wanita dengan pelbagai arena. Mereka juga boleh mendapatkan khidmat nasihat atau membuat sebarang keputusan mengenai perniagaan secara dalam talian dengan merujuk pakar.

Di peringkat korporat, perhubungan jalur lebar memberi keuntungan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan sehingga ke pasaran global. Mereka boleh mengakses lebih banyak peluang untuk membuat perbandingan dari segi harga dan kedai yang menyediakan bekalan diimpikan. Ini sekali gus dapat menjimatkan masa kerana urusan jual beli dilakukan secara talian, termasuk mengiklan, memasar dan meningkatkan lagi jumlah pelanggan.

Percutian akan menjadi lebih mudah. Bagi Wanita yang merancang untuk bercuti khidmat jalur lebih memudahkan urusan perjalanan mereka kerana tempahan hotel, pengangkutan, tiket kapal terbang dan memilih tempat percutian yang diidamkan, hanya dilakukan secara talian tanpa perlu bergegas mencari agensi pelancongan.

Lazimnya, wanita lebih gemar melayari laman web untuk mendapatkan maklumat antaranya mengenai fesyen, kecantikan, kesihatan, pemakanan, masakan, hiasan dalaman, muzik dan kanak-kanak.

Bagi Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi Hotel, Hanifa Sjahli, 35, yang mula menggunakan khidmat jalur lebar sejak dua tahun lalu, teknologi ini dilihat sebagai gaya hidup baru masyarakat, terutama buat mereka yang mementingkan masa.

“Jalur lebar lebih mudah. Saya boleh mendapatkan segala maklumat yang dikehendaki di internet tanpa mengira masa. Jalur lebar tanpa wayar kini mudah diperoleh. Dengan bayaran kurang RM100 sebulan ia boleh digunakan tanpa had sepanjang hari. Masalah mendapatkan akses juga tidak begitu sukar,” katanya.

Sementara itu, pereka dan perancang bandar sebuah syarikat arkitek di Petaling Jaya, Norazila Mohd Kamarudzaman, 24, yang juga melanggan jalur lebar tanpa wayar sejak tiga tahun lalu, berkata kemudahan itu senang dibawa ke mana-mana dan penggunaannya amat mudah, cepat dan cekap.

“Dalam keadaan kerja saya, tidak perlu lagi berkejar-kejar ke pejabat melihat e-mel daripada pelanggan. Malah, kemudahan ini membantu saya mendapatkan maklumat dengan cepat ketika dalam mesyuarat.

“Jalur lebar mampu mencapai had laju yang hebat. Liputan talian di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya juga cekap sehingga membolehkan saya melayari internet pada bila-bila masa dan tempat, berbanding tiga tahun lalu,” katanya.

Kehebatan jalur lebar melangkaui pelbagai bidang, termasuk ia turut memudahkan mendapatkan khidmat teleperubatan bagi mendapatkan rawatan sehingga ke luar bandar.

Ia turut merangsang dan merancakkan lagi aktiviti e-perdagangan iaitu dengan melakukan urusan membeli-belah menerusi teknologi dalam talian, selain mendapatkan bahan kreatif seperti buku, lagu, muzik, tayangan filem, video atau persembahan secara langsung boleh dilakukan dengan menggunakan internet untuk pasaran global.

Kepantasan maklumat dan kandungan media di dalam internet membolehkan segala-galanya diperoleh tanpa batasan sekali gus meningkatkan tahap pengetahuan orang ramai, khususnya wanita bagi memastikan kehidupan seiring hebat dengan lelaki.

Jadikan subjek Sejarah wajib lulus

Utusan Online - 23/10/2010

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Mata pelajaran Sejarah perlu disyaratkan wajib lulus di sekolah bagi mendidik generasi muda untuk memahami situasi sebenar penubuhan negara ini yang berbilang kaum.

Wakil Puteri UMNO, Fahariyah Md. Nordin berkata, semakin ramai generasi muda enggan menerima sejarah hingga sanggup mempersoalkan bantuan kepada golongan memerlukan yang dianggap berat sebelah dan tidak adil.

Sikap seperti itu katanya, secara tidak langsung membuatkan mereka sukar memahami program transformasi kerajaan dan ekonomi yang giat diusahakan sekarang.

“Golongan ini sukar memahami mengapa Malaysia perlu mengikut acuan pemerintahannya tersendiri. Mereka lupa masih ada saudara sebangsa dan senegara yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.

“Disebabkan itu, Puteri UMNO mencadangkan subjek Sejarah dijadikan mata pelajaran wajib lulus di sekolah agar generasi muda pelbagai kaum dapat saling menghormati serta tidak meletakkan kepentingan puak melebihi kepentingan nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Fahariyah menambah, kerajaan serta golongan dewasa juga perlu mencari pendekatan berbeza bagi mendidik generasi muda mengenai sejarah termasuk dengan memanfaatkan teknologi.

“Kefahaman sejarah boleh diberi dalam bentuk pengkisahan atau penceritaan. Selain itu terapkan juga elemen sejarah menerusi filem, animasi atau permainan komputer bagi menjadikan sejarah sesuatu yang ingin diketahui dan menangkap imaginasi mereka,” ujarnya.

Beliau turut menerima tepukan gemuruh daripada perwakilan Puteri UMNO sewaktu ‘meminta izin’ para pemimpin dan ahli UMNO untuk berjuang mengikut acuan pergerakan itu sendiri.

“Kami mahu berjuang sejajar dengan usia muda kami dan selari dengan generasi kami,” katanya.

Tercicir tetapi berjaya

Utusan Online - 24/10/2010
Oleh HAFIZAHRIL HAMID

RAMAI yang beranggapan ilmu adalah kunci kejayaan dalam hidup. Telah terbentuk dalam pemikiran hampir semua kita untuk berjaya mesti belajar sampai ke universiti. Setelah menamatkan pengajian maka hidup mereka akan lebih terjamin dan masa depan yang lebih gemilang menanti untuk diterokai.

Oleh sebab itu kita tidak boleh salahkan sesiapa waima ibu bapa jika mereka menuntut anak-anak mereka supaya menamatkan pengajian.

Namun sehingga sekarang ramai yang masih keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan ilmu. Apakah sekadar menamatkan pengajian sudah cukup untuk mendabik dada bahawa diri mereka sudah terlalu bijak dan berjaya.

Ramai juga yang masih terumbang ambing setelah menamatkan pengajian sama ada dalam mencari pekerjaan, membina kerjaya mahupun mencari matlamat hidup.

Sesungguhnya ilmu yang diperoleh ketika di universiti adalah sekadar landasan kukuh untuk menempa hidup yang lebih baik namun tidak semestinya ia mampu melakar yang terbaik.

Sementelah pengalaman hidup yang diperoleh sama ada melalui kejayaan mahupun kegagalan adalah ilmu paling baik pernah diterima manusia dalam membentuk diri menjadi lebih sempurna.

Jika tidak kenapa begitu ramai manusia yang berjaya malah ada yang sehingga menjadi antara manusia terkaya dunia sebenarnya tidak menamatkan pengajian di peringkat universiti mahupun sekolah menengah.

Lihat saja barisan manusia terkaya dunia ramai di antara mereka sebenarnya tidak menamatkan pengajian atau persekolahan seperti mana yang dilalui oleh Bill Gates, Steve Jobs, Richard Branson. Keadaan ini juga berlaku kepada mereka yang lebih senior seperti Walt Disney, Henry Ford, Ingvar Kamprad atau generasi muda sekarang seperti Mark Zuckerberg, dan beberapa nama lagi.

Melihat kepada barisan generasi yang menempa nama dalam dunia perniagaan sehingga ada yang bergelar bilionair, pastinya kisah bagaimana mereka bermula adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan.

Apatah lagi mereka ini bermula tanpa sebarang sijil ditangan malah "hanyut" ketika disekolah lagi.

Generasi terawal ini seperti Walt Disney, Henry Ford mahupun taikun perjudian Malaysia, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong semuanya memiliki satu persamaan tidak menamatkan persekolahan atas faktor kemiskinan.

Melihat kepada apa yang berlaku kepada Henry Ford yang menawan dunia dengan penciptaan kereta murah Model T, beliau sememangnya mencipta kejayaan dari bawah.

Tidak menamatkan persekolahan apabila mencecah usia 16 tahun, lelaki yang dilahirkan pada 30 Julai 1863, kemudian bekerja sebagai jurumesin dan sebelum berhijrah menjadi mekanik yang pakar dalam enjin stim.

Beliau membuktikan tanpa pelajaran yang tinggi namun berjaya menjadi jurutera di Edison Illuminating Company yang dimiliki oleh pencipta terkenal, Thomas Edison.

Dengan sokongan kewangan dari beberapa jutawan seperti Alexander Y. Malcomson, John dan Horace E. Dodge Ford mula membina model kereta Ford 999. Namun impak besar mula dirasai setelah Model T dikeluarkan pada 1908.

Kejayaan yang dicipta oleh beliau ini juga mencatat sejarah bermulanya pengeluaran kereta secara besar-besaran. Ini kemudian membolehkan beliau menjadi antara bilionair terawal dunia sebelum kematiannya pada 1947 dengan aset dan wang tunai mencecah AS$188.1 bilion (RM601 bilion), jumlah berdasarkan tahun 2008.

Begitu juga kisah yang berlaku pada pengarah, penerbit dan pengasas taman tema Disneyland, Walter Elias "Walt" Disney yang tidak menamatkan sekolah apabila mencecah usia 16 tahun.

Bagi lelaki yang mempunyai susur galur dari Ireland ini, kejayaan yang diraih tidak mengubah imej dan karakter beliau yang senantiasa merendah diri.

Sebaik berhenti sekolah beliau mendaftarkan diri untuk menjadi tentera namun ditolak kerana bawah umur dan kemudian bekerja sebagai pemandu ambulans di Palang Merah.

Bankrap

Disney memulakan karier dalam bidang perfileman terutama dalam industri kartun dan animasi dari bawah. Bermula sebagai pelukis kartun untuk majalah dan suratkhabar, syarikat pengiklanan, malah pernah jatuh bankrap kerana gagal mengurus kewangan syarikat animasi miliknya Laugh-O-Gram Studio dengan baik.

Namun pengalaman yang dilalui ketika susah menjadi ilmu paling berharga sehingga membolehkan empayar perniagaannya berkembang seperti mana yang kita lihat sekarang.

Disney kemudiannya mencipta nama di Hoolywood melalui pelbagai animasi yang mencuit selera penonton antaranya Mickey Mouse, Snow White, Donald Duck dan pelbagai lagi.

Meneruskan legasi jutawan yang tidak menamatkan pendidikan, antara yang paling paling menonjol dalam generasi seterusnya adalah pengasas syarikat IKEA, Ingvar Kamprad.

Beliau yang kini berusia 84 tahun memulakan perniagaan pada usia muda dengan menjual pelbagai barangan yang dibeli pada harga yang murah kepada kenalan dan ahli keluarga.

Selepas berhenti sekolah pada usia 17 tahun, beliau telah membuka IKEA dengan pemberian wang oleh bapanya berikutan keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Pada awalnya perniagaan tersebut telah menjual pelbagai barangan namun kemudian bertumpu kepada perabot sejak 1947.

Nama IKEA yang diambil dari cantuman namanya IK- Ingvar Kampard dan E-Elmtaryd nama ladang ketika kecil dan A-Agunnaryd, nama perkampungan asalnya, telah memberi tuah kepadanya sehingga membolehkan beliau menduduki tempat ke 11 orang terkaya dunia dengan aset sebanyak AS$23 bilion (RM73.6 bilion).

Begitu juga beberapa nama dari Asia seperti Li Ka-shing yang kini menduduki tempat ke 14 terkaya dunia.

Merantau pada usia yang muda ke Hong Kong walaupun dilahirkan di Guangdong, China, kemudian kematian bapa ketika berusia 15 tahun telah memaksa beliau berhenti sekolah dan bekerja di sebuah kilang plastik.

Hasil dari kepayahan hidup telah memberi beliau pengalaman luas dan kemudian memulakan perniagaan pertama, Cheung Kong Industri pada 1950 dalam bidang barangan plastik sebelum berkembang dalam pelbagai industri lain seperti hartanah, tenaga, telekomunikasi dan pelbagai lagi.

Bagi generasi seterusnya nama-nama mereka yang tercicir ketika pengajian tidak lagi perlu diperkenalkan. Antaranya Bill Gates dan rakannya Paul Allen yang berhenti belajar di Harvard untuk menumpukan perhatian dalam pembangunan perisian komputer pada 1975.

Pada tahun yang sama beliau menubuhkan Micro-soft dan kini syarikat tersebut telah membantu beliau menjadi antara orang paling kaya di dunia.

Membina

Begitu juga yang berlaku kepada seorang lagi tokoh industri teknologi maklumat Steve Jobs. Pada penghujung 1970-an, Jobs, dengan pengasas bersama Apple Steve Wozniak dan Mike Markkula telah mereka bentuk, membina dan memasarkan komputer peribadi pertama di dunia.

Setelah keluar dari Apple pada 1985 akibat perebutan kuasa dan masuk kembali pada 1996, beliau kini membuktikan tindakan meninggalkan pengajiannya satu ketika dahulu telah berjaya membuahkan hasil yang sangat lumayan.

Begitu juga yang berlaku kepada pengasas Virgin Records, Richard Branson. Walaupun bapa dan datuknya merupakan hakim-hakim terkenal dan berpengaruh di England namun jejak itu tidak terdapat pada Branson.

Beliau menamatkan persekolahan pada usia 16 tahun dan kemudian menerbitkan majalah Student sebelum membuka syarikat rakaman Virgin Records pada 1982.

Jenama Virgin semakin mengembang pada 1980-an dengan tertubuhnya Virgin Atlantic Air dan kini sudah mula terlibat dalam pelancongan ke angkasa lepas untuk masa depan.

Bagi generasi yang lebih muda mungkin mereka mengagumi pemuda seperti Mark Zuckerberg yang kini menakluk dunia melalui facebook.

Beliau yang hanya berusia 26 tahun juga tidak menamatkan pengajian di Harvard kerana mahu mengembangkan potensi facebook.

Facebook mula diperkenalkan dari bilik asrama Zuckerberg ketika menuntut di Universiti Harvard pada Februari 2004 sebelum ia tersebar ke universiti dan kolej-kolej lain seperti Stanford, Dartmouth, Columbia, New York University, Cornell, Brown dan Yale.

Melihat kepada kejayaan yang diperoleh kesemua tokoh yang dinyatakan, pastinya kejayaan mereka berlandaskan kepada kesungguhan usaha, kreativiti, sifat percaya kepada kebolehan dan keupayaan diri.

Mungkin ada yang berpandangan selepas ini tidak perlu lagi untuk belajar tinggi kerana semua orang boleh berjaya. Namun kita perlu bertanya balik dari berbilion penduduk dunia hanya beberapa kerat sahaja yang terpilih untuk berjaya tanpa pelajaran tinggi.

Mungkin satu ketika dulu akibat kemiskinan telah memaksa mereka ini berhenti belajar dan kemudian bekerja untuk menyara hidup.

Langsung tidak terlintas dalam fikiran Henry Ford dan Walt Disney bahawa mereka akan menjadi begitu berjaya.

Apa yang berlaku kepada mereka ini akibat minat yang begitu mendalam dalam bidang yang mereka minati, membuka ruang untuk ia dieksploitasi hingga ke tahap maksimum dan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan.

Mungkin jika kita sudah mengenalpasti minat dan kecenderungan yang boleh membuahkan hasil agak logik juga untuk berhenti belajar.

Tapi jika hanya sekadar mahu berhenti sebab malas dan kemudian berangan-angan untuk menjadi kaya pasti itu satu tindakan paling bodoh yang seseorang lakukan dalam hidupnya.

Buru Siber & Ganggu


Jika anda mula menerima e-mel yang tidak baik di rumah atau di sekolah, atau mesej teks yang tidak baik pada telefon bimbit anda, penting bagi anda memberitahu ibu bapa anda atau orang dewasa yang anda percayai supaya mesej ini boleh dihentikan.

Berikut adalah tip untuk membantu mengelak daripada diganggu atau diburu secara siber:

  • Jangan balas mesej yang meragukan.
  • Pilih nama samaran tanpa jantina semasa berbual.
  • Jangan bermain cinta dalam talian, kecualilah jika anda bersedia menanggung akibatnya. Ini boleh menimbulkan perhatian yang tidak diingini daripada orang yang tidak diingini, seperti di dunia sebenar.
  • Simpan mesej yang menjelikkan dan laporkannya kepada Polis atau MyCERT.
  • Jika seseorang membuat ugutan dalam bilik bual atau dalam papan mesej, beritahu Polis atau MyCERT.
  • Jangan bersemuka dengan pemburu/pengganggu, ini boleh membawa kepada lebih banyak serangan kemarahan atau beremosi.
  • Jangan berikan maklumat peribadi mengenai diri anda atau orang lain.
  • Keluar dari keadaan dalam talian yang mula bersikap bermusuhan, daftar keluar atau layari tempat lain.
  • Cari tentang diri anda sendiri menggunakan enjin carian untuk memastikan tiada maklumat peribadi anda diposkan oleh orang lain.
Sumber: http://www.esecurity.org.my/bm/kid-cyberstalk.htm

Soalan ulang kaji SPM 2010 percuma

Guru dan pelajar Tingkatan 5 SMKSB boleh mendapatkan e-buku soalan ulangkaji percuma melalui laman sesawang http://www.afterschool.my/guide2success/books.php?content=soalanulangkajispm2010&y=2010 .

Walaubagaimanapun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memuat-turun e-buku soalan ulangkaji tersebut.

e-buku tersebut meliputi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains, Perdagangan dan Prinsip Akaun.

Selain e-buku yang berbentuk soalan dan jawapan untuk dimuat-turun, pelajar boleh menguji minda dengan menjawab soalan-soalan yang disediakan secara online (atas talian).

Bagi guru dan pelajar yang menghadapi bermasalah untuk memuat-turun soalan tersebut, boleh berjumpa Fasilitator Schoolnet - Pn. Fazaliyah di Makmal Komputer 1.

-------------------------
Petikan: Utusan Online - 18/10/2010

CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini boleh memuat turun secara percuma soalan ulang kaji terbitan Times Guides Sdn. Bhd. melalui laman sesawangnya www.afterschool.my.

Soalan dalam bentuk e-buku itu melibatkan 13 mata pelajaran utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia, Fizik, Sains, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Perdagangan serta EST.

"Kertas-kertas soalan tersebut disediakan oleh panel guru yang berpengalaman," kata penerbit tersebut dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya lagi, pada tahun ini seramai 20,000 pelajar tingkatan 5 dari Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Johor, Melaka dan Seremban telah mendapat buku Times Soalan Ulangkaji SPM 2010 secara percuma.

Bagaimanapun, ujarnya, disebabkan kos cetakan yang tinggi maka alternatif terbaik adalah dengan meletakkan soalan ulang kaji itu di Internet supaya pelajar boleh membuat latihan secara dalam talian atau memuat turun bahan berkaitan tanpa sebarang bayaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek komuniti tahunan Times Guides ini, sila hubungi penerbit di 03-77298120.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke e-mel: info@times.my.

Bendung kesan negatif ICT

GUADALAJARA (Mexico) 8 Okt. - Tindakan Malaysia membangkitkan isu keselamatan Internet, termasuk keperluan membendung pornografi kanak-kanak, serta kesan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terhadap nilai budaya disambut baik oleh pelbagai pihak terutama pemimpin dan badan telekomunikasi dunia.

Usul yang dibangkitkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ke-18 pada Selasa dilihat oleh pelbagai pihak sebagai perlu diberi perhatian memandangkan kini tumpuan adalah lebih kepada pembangunan infrastruktur informasi teknologi maklumat daripada kesan dan impaknya kepada tamadun manusia.

"Isu ini akan terus dibangkitkan di persada antarabangsa supaya perkara itu tidak diremehkan oleh mana-mana pihak dan bagi memastikan pelbagai langkah susulan diambil," katanya sebelum berlepas pulang ke tanah air pada petang ini.

Rais yang diiringi isterinya Datin Seri Masnah Rais, telah berada di sini sejak Isnin lepas bagi menghadiri persidangan ITU yang diadakan empat tahun sekali. Beliau turut meluangkan masa mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari beberapa negara.

Rais berkata bahawa selepas membentangkan cadangan Malaysia supaya ITU mengkaji semula peranan dan perlembagaannya untuk memastikan kemajuan ICT tidak menghakis budaya, nilai serta tradisi masyarakat pada sidang pleno ITU pada Selasa lepas, beliau akan menyusulnya dengan menghantar surat kepada Setiausaha Agung ITU, Dr. Hamadoun Toure.

Ini bagi memastikan cadangan yang dikemukakan oleh Malaysia itu diambil tindakan oleh Toure, yang baru dilantik semula mengetuai agensi berkenaan yang terletak di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu. ITU bertanggungjawab antara lainnya menetapkan piawaian teknikal untuk semua jaringan ICT dan membangun serta melaksanakan strategi untuk mengurangkan jurang digital.

Malah Toure dalam pertemuannya dengan wartawan Malaysia mengakui isu itu harus digalas oleh semua negara dengan sama-sama meletakkan rangka kerja perundangan untuk menanganinya, dan setiap kerajaan dari seluruh dunia harus memberi keutamaan terhadap isu itu.

Malah, katanya, ITU sedang bekerja keras untuk menjalin kerjasama dan membiayai projek untuk menyediakan ruang siber yang selamat dan terjamin untuk semua.

Toure menyifatkan Malaysia sebagai rakan kongsi utama ITU dalam menangani ancaman siber melalui Usaha Sama Multilateral Antarabangsa Menentang Ancaman Siber (IMPACT).

Semasa berucap pada majlis resepsi Malaysia pada Rabu lepas, Toure turut menyifatkan Malaysia sebagai negara yang komited dan menjadi anggota yang aktif mempromosi ICT.

Katanya, wakil Malaysia dalam Lembaga Kawal Seli Radio ITU, Dr. Ali Ebadi, merupakan seorang yang banyak memberi sumbangan.

Rais berkata beliau tidak akan berhenti pada persidangan ITU dalam usaha membangkitkan isu-isu itu, malah akan terus dibangkitkannya pada pelbagai platform termasuk pada mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (Telmin) Asean bersama rakan dialognya Korea, China, Jepun dan India yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur pada penghujung tahun ini.

Mengenai pencapaian Malaysia dalam bidang ICT, beliau berkata, maklumat balas yang diperolehnya daripada pelbagai pemimpin luar mengenai pembangunan ICT di Malaysia adalah sesuatu yang amat membanggakan.

"Mereka turut melahirkan pandangan positif terhadap usaha gigih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan ICT sebagai agenda utama pembangunan negara," katanya.

Pada persidangan hari ini, beliau turut mengambil bahagian dalam pemilihan jawatan Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung ITU di mana Dr. Hamadoun Toure mengekalkan jawatannya dan Zhou Houlin kekal sebagai timbalan.

Walaupun kedua-dua mereka tidak dicabar, proses pengundian tetap diteruskan.

Toure dari Mali mendapat 151 undi daripada 157 negara yang hadir manakala Zhou dari China mendapat 155 undi. - BERNAMA

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1009&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

ICT jadi pengupaya utama dalam pengajaran, pembelajaran

Utusan Online
12/10/2010 4:31pm

PUTRAJAYA 12 Okt. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan akan menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai pengupaya utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan melahirkan generasi berilmu serta berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara.

"Dasar ini yang merupakan kesinambungan daripada inisiatif Sekolah Bestari sebelum ini menekankan penggunaan teknologi sebagai wahana untuk menggalakkan perkembangan daya kreativiti, pembelajaran secara bekerjasama, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

"Dasar ini akan menggabung dan menyelaraskan semua inisiatif ICT sedia ada seperti SchoolNet, Makmal Komputer, EduWebTV, Pusat Akses dan apa jua inisiatif ICT yang akan dilaksanakan pada masa hadapan dengan tujuan meningkatkan pencapaian murid,” katanya ketika melancarkan dasar itu di sini hari ini. - Bernama

Belajar Pelbagai Bahasa

Tahukah adik-adik yang kita boleh belajar pelbagai bahasa melalui internet. Google menyediakan laman web untuk kita mengalih bahasa juga mempelajari bahasa lain dengan hanya memilih pelbagai pilihan bahasa yang disediakan.
Di samping itu, kita guna boleh mendengar bunyi sesuatu perkatan atau ayat yang di alih bahasa supaya kita dapat menyebut dengan betul. Juga disediakan pilihan cara bacaan fonetik (mengikut bunyi).

Semoga adik-adik dapat menggunakan laman web http://translate.google.com/#ms|en| untuk mempelajari pelbagai bahasa ataupun mengalih bahasa artikel yang boleh membantu dalam pembelajaran.

Selamat mencuba.

Microsoft Office 2010

MICROSOFT Office bukan sesuatu yang asing dalam dunia perkomputeran.

Sebut saja perkataan ´Office´ pun, kebanyakan pengguna akan mengingati produk perisian yang digunakan turun temurun sebagai aplikasi produktiviti atau kerja harian seperti menulis dokumen, melakukan pembentangan digital atau kerja pengiraan menerusi Word, PowerPoint atau Excel.

Walaupun pengguna memiliki komputer di depan mata, adakah ia lengkap tanpa Office? Nasib baik, Office tidak ketinggalan seiring perkembangan digital apabila ia sentiasa dikemas kini bagi memastikan aplikasi dan ciri yang menepati kehendak perkomputeran masa kini.

Meneruskan kesinambungan, Microsoft Office 2010 atau nama kodnya, Office 14, menjanjikan peningkatan daya kerja pada kos efektif sama ada untuk kegunaan industri atau rumah.

Office 2010 terdapat dalam 3 pilihan mengikut kesesuaian pengguna.
Untuk mencuba, anda boleh melayari http://office.microsoft.com/en-us/try/try-office-2010-FX101868838.aspx untuk memuat-turun pek percubaan.



Berikut merupakan beberapa fungsi terbaru yang terdapat dalam Microsoft Office 2010.

1. Penyimpanan dokumen
Dengan Microsoft Office 2010, anda boleh memuatnaik dokumen ke account Windows Live SkyDrive dan mengaksesnya dari computer lain. SkyDrive menyediakan 25 GB penyimpanan online PERCUMA, kerana ia diintegrasikan bersama Office Web Apps. Anda dapat melihat dan mengedit dokumen-dokumen ini di mana saja web browser tanpa memerlukan Microsoft Office.

2.  Memasukkan web video di presentation anda
Dengan Office 2010, Anda dengan mudah dapat meletakkan video klip dari internet ke dalam PowerPoint Presentation anda seperti video Flash dalam halaman web biasa. Caranya amat mudah, hanya perlu copy ‘embed code” dari YouTube atau mana-mana sharing video website dan paste di mana saja pada slide power point anda.

3. Quick Steps in Outlook
Gmail mempunyai fungsi “Send and Archive” yang multi tasking. Ketika anda klik butang ini, pertama kalinya akan mengirim balasan email dan kemudian tersipan sebagai archieve hanya dengan satu klik. Dengan fungsi baru “Quick Steps in Outlook“, Anda dapat menggunakan setiap item Outlook dengan sekali klik. Selain “Send dan Archive“, sebagai contoh lain adalah langkah cepat untuk “Send and Delete”, fungsi ini akan menghapus email dari inbox anda setelah anda membalas email tersebut.

4. Menyimpan dokumen sebagai PDF
Semua program Office 2010 mempunyai fungsi “built-in PDF writer” iaitu fungsi untuk membantu anda menyimpan dokumen ke format PDF hanya dengan klik pada fungsi tersebut.

5. Cetak dokumen
Dengan Office 2010, Microsoft telah mengubah dialog box untuk mencetak dokumen dan hal ini merupakan peningkatan yang luar biasa. Contohnya, anda dapat setting printer (seperti margin halaman, dll) dan melihat perubahannya pada setiap halaman.

6. Broadcast Slideshows dalam PowerPoint
Ini mungkin fungsi yang menjadi kegemaran dalam PowerPoint 2010. Anda dapat memberikan presentation secara live melalui web dalam PowerPoint dan siapa pun di dunia ini dapat melihat presentation anda menggunakan web browser.

7. Editing Video dalam PowerPoint
Adakah anda ingin membuang beberapa bahagian dari video klip sebelum digunakan dalam presentation Anda? Atau adakah anda ingin refleksi seperti digabungkan dengan 3D rotation agar audiens terus terpaku pada presentation anda? Yah, itu mudah kerana PowerPoint 2010 kini mempunyai fungsi editing video. Hebat bukan?

8.  Edarkan Slideshow anda sebagai video
PowerPoint 2010 dapat mengubah presentation anda ke dalam bentuk file video yang dapat anda upload ke YouTube atau mengedarkannya pada media player portabel seperti iPod.

9. Built-in Screen Capture
Semua program Office 2010 kini tersedia screen clipping utility. Fungsi ini secara automatik akan mengambil screenshot dari semua aplikasi yang terbuka pada desktop anda (tidak termasuk aplikasi yang di minimize) dan anda dapat memasukkannya ke dalam dokumen anda atau presentation anda.

10. Outlook gets social
Bila anda membuka pesanan email dalam Outlook 2010, akan ditampilkan maklumat berkaitan seperti attachments file, gambar,  meeting requests, dan semua pesanan email sebelumnya. (seperti Xobni).

Sumber:
http://www.microsoft.com
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FungsiCutPastepalingpopular/Article/index_html
http://junaidisite.com/fungsi-terbaru-pada-microsoft-office-2010.html

Semoga Berjaya!

SMKSB mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada semua calon PMR SKMSB. Semoga berjaya dan mendapat keputusan yang baik.

PMR: 06 - 12 Oktober 2010

Komputer Teknologi Audio

Utusan Online
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Sebagai pelanggan kita tentu mahu sesuatu yang berbeza dan lebih baik daripada produk-produk yang dihasilkan sebelumnya.

Justeru, syarikat pengeluar komputer terkemuka HP melancarkan rangkaian komputer riba dan netbook bagi memenuhi keperluan pelanggannya.

Pengarah Jualan, Jualan Komersial Kumpulan Sistem Peribadi HP (M) Sdn. Bhd., K.T. Ong berkata, bagi rangkaian terbaru itu pengguna boleh memilih komputer bimbit yang sesuai untuk keperluan masing-masing.

Penggemar muzik boleh memilih HP Envy Beats Edition yang direka khusus bagi teknologi audio.

Komputer bimbit edisi khas itu mempunyai Beat Audio, teknologi tinggi yang unik dibangunkan khusus bagi HP dan Beats oleh Dr. Dre.

"Ini bagi memberikan pengalaman yang optimum kepada pelanggan apabila mendengar muzik menerusi fon kepala atau pembesar suara luaran," katanya semasa majlis pelancaran HP dan Microsoft di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam rekaan aluminium yang menarik, HP Envy Beats Edition kekal dengan rekaan bergaya Beats Audio hitam dan merah termasuk papan kekunci dengan lampu latar merah dan tiga kertas dinding bertemakan Beats.

Bagi mereka tidak gemar membawa komputer bimbit yang berat, HP menawarkan model netbook terkini yang bergaya.

HP Mini 210 boleh didapati dengan empat warna menarik crimson red, luminous rose, ocean drive dan charcoal.

"Lebih menarik HP Mini 210 memberikan kepuasan berkomputer seharian dengan hayat bateri sehingga 10.75 jam menggunakan enam biji bateri," katanya.

Mempunyai ketebalan hanya 1 inci dan berat 1.26 kilogram (kg) datang dengan pilihan HD main semula video.

Direka khusus bagi pelanggan yang mahu terus berhubung melayari Internet, memeriksa emel, mendengar muzik dan mendapat akses kepada kawan, keluarga atau maklumat dalam perjalanan.

HP Mini 2010 juga didatangkan dengan WLAN bina dalam, webcam, mikrofon serta papan kekunci gaya pula yang lebar dan mudah dikendalikan.

Menggunakan pemprosesan Intel Dual-Core terkini Atom N550 selain Atom N455 dan N475 yang kesemuanya menyokong memori DDR3.

Paparan HD diagonal 10.1 inci dan Broadcom Crystal HD Enchanced Accelerator membolehkan main semula kandungan HD dan permainan video daripada laman sesawang popular, membolehkan pengguna mengalami sendiri pengalaman terbaru yang menakjubkan.

Perisian multimedia terkini HP Mini 210 dengan HP Media Suite menyediakan satu lokasi bagi memudahkan kerja menyusun, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia seperti muzik, foto dan video serta membolehkan pengguna membuat pencarian yang cepat dan tepat.

Perlindungan Info (Maklumat Peribadi) di Internet



Berikut adalah tip berguna untuk menjadi selamat semasa berada dalam Internet:

  • Jangan berikan maklumat mengenai diri anda seperti nama, alamat dan nombor telefon anda kepada orang yang anda temui dalam internet.
  • Jangan hantar gambar anda sendiri, gambar rakan atau keluarga anda kepada seseorang yang anda temui atau berbual dalam talian.
  • Jika seseorang mengatakan sesuatu yang merisaukan anda atau mahu menghantarkan anda sesuatu, tanya ibu bapa anda atau orang yang lebih tua. Peka terhadap apa yang mereka katakan, terutamanya jika orang ini menanyakan terlalu banyak soalan peribadi
  • Jika anda merancang untuk menemui seseorang yang anda telah temui di Internet, bawa ibu bapa anda atau seorang rakan bersama. Orang di dunia sebenar mungkin berbeza daripada diri mereka dalam talian.
  • Jangan buka e-mel, fail atau pautan tapak web daripada orang yang anda tidak begitu kenal.
  • Jangan beri kata laluan anda kepada orang tidak dikenali.
  • Jangan sekali-kali memberi maklumat peribadi termasuk maklumat ibu bapa anda dalam laman web, e-mel, sistem permesejan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya bila anda tidak pasti.
  • Ingat, rakan dalam talian mungkin bukan seperti yang mereka katakan tentang diri mereka. Seseorang boleh berkata bahawa dia budak perempuran "berusia 12 tahun" tetapi dalam dunia sebenar dia adalah lelaki dewasa.
Berikut adalah beberapa tip untuk perhubungan sosial yang selamat:
  • Anda tidak perlu mengepos terlalu banyak maklumat dalam profil anda dan berkomunikasi dengan orang yang anda baru sahaja temui dalam talian boleh mendedahkan anda kepada bahaya.
  • Pengeksploit berpotensi boleh dan memang menggunakan profil ini atau maklumat anda untuk mencari mangsanya.
  • Pengguna boleh menyamar menjadi orang lain dengan umur berbeza, tanpa pengetahuan anda atau membahayakan anda.
  • Teks dan imej yang dipos tidak boleh diambil semula.
  • Dilarang mengepos maklumat peribadi anda, seperti nombor telefon mudah alih anda, alamat atau nama sekolah atau pasukan sekolah.
  • Jangan berikan kata laluan anda kepada sesiapa.
  • Tambah orang sebagai rakan pada tapak anda hanya jika anda kenal siapa mereka .
  • Jangan berjumpa dengan orang yang anda "temui" buat pertama kali dalam tapak perhubungan sosial. Sesetengah orang mungkin bukan seperti yang mereka katakan tentang diri mereka.
  • Fikir dahulu sebelum mengepos gambar anda. Foto peribadi tidak boleh mengandungi maklumat yang nyata, seperti nama sekolah atau lokasi.
  • Jangan balas komen mengganggu yang dipos pada profil anda.
  • Padam sebarang mesej dari orang yang meninggalkan komen yang tidak sesuai.
  • Periksa tetapan privasi tapak perhubungan sosial yang anda gunakan:
  • Tetapkan privasi supaya orang hanya boleh ditambah sebagai rakan jika anda mempersetujuinya.
  • Tetapkan privasi supaya orang hanya boleh dapat melihat profil anda jika mempersetujuinya sebagai rakan.
  • Jangan mengepos maklumat mengenai rakan anda kerana anda boleh memberi risiko kepada mereka.
  • Ingat bahawa apa yang diposkan dalam talian adalah tidak peribadi. Ibu bapa, guru dan majikan, boleh berada dalam talian dan mengetahui perkara mengenai anda.



Sumber: http://www.esecurity.org.my/bm/kid.htm

Salam Perpisahan & Salam Tahniah!

Kami warga SMKSB mengucapkan Salam Perpisahan kepada GPK 1 En. Abd. Ghani b. Ahmad yang akan berpindah ke sekolah yang baru. Semoga beliau akan meneruskan khidmat di dalam arena pendidikan dengan jayanya. Terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan.

SMKSB juga mengucapkan Salam Tahniah kepada En. Sabarudin Ahmad yang menjawat jawatan sebagai GPK 1 SMKSB yang baru. Semoga SM
KSB akan terus bersinar dan cemerlang.


ANCAMAN SIBER: MITOS ATAU REALITI?

Oleh
Pusat Keselamatan dan Tindakbalas Kecemasan ICT Kebangsaan (NISER)
Utusan Malaysia 15 Oktober 2003

PENGENALAN

Dominasi dan pertumbuhan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadikan serangan siber satu bentuk senjata yang menarik dan berkesan untuk digunakan ke atas sesebuah negara.

Ini adalah kerana kosnya yang murah berbanding dengan kos yang diperlukan untuk pembangunan, penyelenggaraan serta penggunaan keupayaan ketenteraan yang canggih.

Hanya dengan usaha yang minima diperlukan untuk merekrut agen atau pengintip, mencipta maklumat palsu, memanipulasi maklumat atau melancarkan kod berbahaya (malicious code) ke atas sesebuah sistem maklumat yang dihubungkan melalui prasarana telekomunikasi yang dikongsi secara global.

KES-KES ANCAMAN SIBER

Sesetengah orang percaya bahawa ancaman siber hanyalah satu konsep sahaja, sementara ada yang berpendapat bahawa serangan siber adalah perkara yang sangat serius dan boleh dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Malah ada yang mengatakan bahawa satu Pelabuhan Harbour Elektronik sedang dicipta. Konsep ini dinamakan sedemikian sempena peristiwa serangan terhadap Pearl Harbour pada Perang Dunia Kedua.
Walaupun tidak ramai yang mengetahui kesannya, kisah-kisah kejayaan serangan siber yang telah berlaku boleh dijadikan sebagai teladan untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga.

Banyak kisah serangan siber yang dilaporkan berlaku di luar Malaysia berikutan aktiviti penggodam. Contohnya pada tahun 1996, seorang penggodam komputer yang menggunakan nama sebagai “u4ea” telah dilaporkan memperolehi laluan kepada direktori utama dan memusnahkan struktur system fail di Universiti George Mason, Universiti Arkansas, satu laman web di Netherlands, dan kemungkinan beberapa laman web kepunyaan kerajaan Amerika Syarikat.

Dianggarkan bahawa “u4ea” telah berjaya memasuki lebih daripada 100 sistem yang berasingan. Dalam satu kejadian yang lain, 13 pelayan asas yang menjadi tapak Sistem Nama Domain Internet telah diserang pada bulan Oktober 2002.

Para pakar ICT percaya bahawa serangan tersebut adalah cubaan untuk melumpuhkan Internet secara tersusun. Ada kemungkinan serangan tersebut diatur oleh pengganas atau perbuatan kerajaan tertentu bagi menguji senjata siber mereka, sama seperti keperluan untuk menguji bom nuklear di tengah lautan.

Kejadian terbaru gangguan bekalan elektrik utama yang melumpuhkan Bahagian timur-laut Amerika Syarikat dan Kanada pada lewat petang 14 August 2003 telah menimbulkan persoalan sama ada ia adalah hasil serangan siber.

Ramai yang berasa bimbang tentang keselamatan sistem kawalan tenaga di Amerika Syarikat, seperti sistem Kawalan Peyeliaan dan Perolehan Data (SCADA) yang semakin banyak digunakan secara online serta mempunyai akses kawalan jauh.

Keadaan ini menebabkan sistem tersebut boleh dipergunakan untuk serangan siber oleh mereka yanhg berniat jahat. Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat berkata bahawa gangguan tersebut berlaku disebabkan kejadian semulajadi dan bukanlah satu hasil keganasan.

Bagaimanapun, salah satu daripada unit Kumpulan Al-Qaeda, Briged Abu Fahes Al Masri telah mengaku bertanggungjawab melakukan gangguan tersebut, menurut satu kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Arab, Dar Al Hayat.

SERANGAN PRASARANA: KAJIAN KES DI MALAYSIA

Kod Merah (‘Code Red’)
Pada bulan Jun hingga November 2001, masyarakat dunia termasuk di Malaysia telah terperangkap dengan serangan prasarana terbesar dalam sejarah Internet.
Cecacing Kod Merah memulakan serangan Penafian Perkhidmatan (DOS) dan akhirnya menghentikan semua aktiviti Internet. Varian Kod Merah ialah Code Red II, memasang laluan belakang ke dalam sistem yang dijangkiti. Keadan ini membolehkan sistem yang dijangkiti Kod Merah II dieksploitasi melalui akses kawalan jauh, seterusnya mengancam sistem tersebut.
Perangkaan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) menunjukkan bahawa cecacing ini telah menjangkiti 45,633 komputer pada bulan Ogos 2001, 27,705 komputer pada bulan September 2001 dan 195 komputer pada bulan Oktober 2001.

Nimda
Nimda adalah cecacing pertama yang mengubah dokumen web yang sedia ada dan beberapa fail boleh-lancar yang didapati di dalam sistem yang dijangkitinya. Salah satu keupayaan Nimda ialah menyerang komputer yang telah diancam oleh cecacing Kod Merah.
Perangkaan MyCERT menunjukkan Cecacing Nimda menjangkiti 9713 komputer pada bulan September 2001, 7654 komputer pada Oktober 2001 dan 462 komputer pada November 2001. Kos membaiki dijangka sebanyak RM22 juta dan jumlah ini tidak termasuk kos kehilangan peluang perniagaan.

Blaster
Blaster (dikenali juga sebagai ‘Lovsan’ dan ‘Posa’) adalah salah satu cecacing terkini yang telah menjangkiti komputer di seluruh dunia baru-baru ini. Cecacing ini ditemui pada hari Isnin, 11 Ogos 2003. Blaster mengeksploitasi kelemahan dalam perisian Windows NT, 2000 dan XP.
Menurut Pusat Koordinasi CERT di Universiti Carnegie Mellon, Amerika Syarikat, berkemungkinan sebanyak 1.4 juta komputer telah dijangkiti. Di Malaysia, MyCERT telah menganggarkan kira-kira 500 komputer telah dijangkiti dengan cecacing ini.

Nachi
Cecacing baru Nachi (dikenali juga sebagai ‘Welchia’ dan ‘Blaster.D’) telah menular dalam Internet sejak 19 Ogos 2003. Sambil membersihkan komputer yang dijangkiti Blaster, Nachi mencipta masalah baru dalam rangkaian komputer dengan mengimbas kelemahan sistem lain, yang mengakibatkan peningkatan kesesakan rangkaian. Adalah dilaporkan bahawa cecacing baru ini menyebabkan masalah rangkaian komputer kepada banyak organisasi di Malaysia. Anggaran kos untuk membasmi cecacing ini ialah sebanyak RM31 juta, dan ini tidak termasuk kos peluang dan produktiviti.

PENGAJARAN DARI KAJIAN KES

• Memerlukan Kerjasama di Pelbagai Peringkat
Kita tidak boleh menyelesaikan setiap serangan siber satu per satu secara individu tanpa mengutarakan kesan yang lebih besar. Untuk menangani ancaman siber secara berkesan, pendekatan yang terbaik adalah dengan mewujudkan penyelarasan, kerjasama serta komunikasi secara mendatar di antara semua agensi berkaitan. Semua pihak menghadapi ancaman siber yang sama dan kerjasama adalah satu aset yang amat penting. Cabaran utama ialah untuk bertindakbalas dengan pantas.

• Memerlukan Kesungguhan dan Penyelarasan Yang Formal
Kemusnahan dapat dihentikan dengan segera jika penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pantas. Kebanyakan organisasi lewat bertindakbalas atau tidak berupaya untuk bertindakbalas terhadap serangan siber kerana mereka tidak mempunyai maklumat yang tepat. Keadaan ini boleh dielakkan sekiranya terdapt hubungan yang formal di antara semua agensi terlibat.

• Memerlukan Keseragaman Dalam Memahami Tahap Ancaman
Kefahaman lazim mengenai tahap ancaman boleh dicapai dengan berkongsi maklumat menerusi persediaan katalog kelemahan, analisis impak dan sebagainya. Tahap ancaman perlu dikenalpasti secara terperinci supaya semua pihak mempunyai kefahaman yang sama. Jika tidak, perbezaan pendapat dan tafsiran akan timbul.

KESIMPULAN
Prasarana yang digunakan untuk menyalurkan maklumat turut sama memberikan peluang baru kepada para penjenayah, pengganas dan negara luar yang berniat jahat; yang berkemungkinan menjalankan kegiatan perisikan industri, menyebabkan prasarana kritikal tidaki operasi, atau melancarkan Peperangan Maklumat.

Persoalannya bukanlah “adakah saya akan diserang?” sebaliknya “bilakah saya akan diserang?”. Serangan siber secara tersusun berkemingkinan besar akan berlaku adalah tidak diragukan. Oleh itu kita hendaklah berwaspada dan bersiapsiaga untuk menghadapi apa jua keadaan yang mendatang.

Khidmat kecemasan Cyber999 diwujud

sumber: http://www.cybersecurity.my/en/knowledge_bank/news/2009/main/detail/1755/index.html
10 Jun 2009(Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 9 Jun - Kerajaan akan mewujudkan satu perkhidmatan kecemasan bertujuan memberikan bantuan segera kepada pengguna Internet yang menjadi mangsa jenayah siber seperti gangguan peribadi, serangan virus, penafian perkhidmatan dan lain-lain. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof berkata, penubuhan perkhidmatan itu yang dikenali sebagai Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia adalah langkah pencegahan awal memandangkan pihaknya menerima purata 300 aduan setiap bulan berkaitan jenayah siber di negara ini.

Kata beliau, pihaknya memandang serius jumlah aduan berkenaan kerana yakin ada banyak lagi kejadian jenayah kategori terbabit yang tidak diadukan kepada mana-mana pihak. Menurutnya, golongan dewasa dan remaja adalah kelompok pengguna Internet yang teramai di negara ini dan sering menjadi mangsa pelbagai bentuk jenayah siber.

"Banyak isu yang dihadapi mereka seperti gangguan siber berlaku tanpa dilaporkan, ini memperlihatkan keperluan untuk mewujudkan kesedaran keselamatan siber di kalangan pengguna komputer di rumah, institusi pendidikan dan organisasi.

"Ancaman ini adalah tulen dan boleh mengganggu pengguna Internet dan mereka perlu dimaklumkan kaedah untuk berasa selamat dalam talian," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar dan bengkel Hacker Halted Asia Pacific 2009 di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menyampaikan ucaptama pada program itu dan menyaksikan perjanjian persefahaman (MOU) antara Kolej Yayasan Melaka dan Akademi Majlis EC. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Husin Jazri dan Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Melaka, Datuk Saroni Judi.

Tambah Fadillah, pihaknya telah memulakan projek perintis Cyber999 sejak setahun yang lalu dan ia memperlihatkan kejayaan yang memberangsangkan dan pelancaran rasmi projek berkenaan dijadual dilakukan awal bulan depan. Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia terhadap laman web CyberSecurity Malaysia mendapati, projek Cyber999 memberikan respons terhadap kejadian seperti pencerobohan, penafian perkhidmatan, ancaman godam, gangguan, penipuan, spam dan kod bahaya. Menurut laman web itu, aduan boleh dibuat melalui pelbagai kaedah iaitu melalui sistem pesanan ringkas (SMS), aduan dalam talian, faks, telefon talian tetap dan telefon bimbit serta beberapa kaedah lain.

Kaji semula ITU kekang salah guna ICT

Utusan Online
06/10/2010 11:41am

GUADALAJARA (Mexico) 6 Okt. - Malaysia menggesa Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) supaya mengkaji semula peranan dan perlembagaannya untuk memastikan kemajuan telekomunikasi dan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) tidak menghakis budaya, nilai serta tradisi masyarakat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ITU yang menggalakkan penggunaan dan penerimaan teknologi, ICT dan Internet juga perlu melaksanakan peranan penting dalam menangkis penipuan secara online, pornografi kanak-kanak dan penindasan terhadap wanita serta kanak-kanak.

"Kita mesti bertindak pantas untuk memulihara ciri-ciri kesamaan budaya dalam kalangan kita dan melindungi masyarakat daripada ancaman yang dibawa oleh penyalahgunaan teknologi dan inovasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kenyataan dasar pada hari kedua Persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa di Pusat Ekspo Guadalajara di sini semalam.

Rais merupakan pemimpin pertama yang membentangkan kenyataan dasar negara pada persidangan berkenaan. - Bernama

Apakah Netbook?

Kebanyakan mereka yang selalu mengikuti perkembangan komputer mungkin tidak asing lagi dengan perkataan "Netbook". Apakah sebenarnya Netbook? Secara fizikalnya Netbook boleh dilihat berlainan jika dibandingkan dengan laptop biasa dengan ketiadaan CD/DVD drive serta kecil dan ringan. Tahap kecil Netbook adalah bersaiz B5 (Kertas A4 dibahagi 2), iaitu mempunyai skrin 9, 10 ataupun 11 inchi dan dalam lingkungan 1kg sahaja. Pada masa penulisan ini, Oktober 2009, ianya berharga dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,500. Ia adalah satu nilai yang tidak mahal jika dibandingkan dengan laptop.
Netbook adalah berasal dari konsep "Network Computing" yang bertujuan menggunakan komputer sambil menjalinkan komunikasi yang boleh dicapai melalui internet. Dari konsep ini lahirlah Netbook yang mempunyai objektif utama penggunaan untuk berinternet dan email. Tidak dinafikan ianya boleh juga digunakan untuk mendengar musik dan melihat video. Walaubagaimanapun perlu diingatkan ianya tidak dapat berfungsi dengan lancar sekiranya menggunakan aplikasi yang memerlukan kapasiti processor yang tinggi ataupun RAM yang besar. Netbook yang paling baguspun hanya boleh mempunyai 1.6Ghz Processor dan 1GB RAM. Kapasiti ini amatlah sesuai untuk penggunaan internet, email serta menulis melalui word processor (Microsoft Word atau OpenOffice).

Kebanyakan mereka yang selalu mengikuti perkembangan komputer mungkin tidak asing lagi dengan perkataan "Netbook". Apakah sebenarnya Netbook? Secara fizikalnya Netbook boleh dilihat berlainan jika dibandingkan dengan laptop biasa dengan ketiadaan CD/DVD drive serta kecil dan ringan. Tahap kecil Netbook adalah bersaiz B5 (Kertas A4 dibahagi 2), iaitu mempunyai skrin 9, 10 ataupun 11 inchi dan dalam lingkungan 1kg sahaja. Pada masa penulisan ini, Oktober 2009, ianya berharga dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,500. Ia adalah satu nilai yang tidak mahal jika dibandingkan dengan laptop.

Netbook adalah berasal dari konsep "Network Computing" yang bertujuan menggunakan komputer sambil menjalinkan komunikasi yang boleh dicapai melalui internet. Dari konsep ini lahirlah Netbook yang mempunyai objektif utama penggunaan untuk berinternet dan email. Tidak dinafikan ianya boleh juga digunakan untuk mendengar musik dan melihat video. Walaubagaimanapun perlu diingatkan ianya tidak dapat berfungsi dengan lancar sekiranya menggunakan aplikasi yang memerlukan kapasiti processor yang tinggi ataupun RAM yang besar. Netbook yang paling baguspun hanya boleh mempunyai 1.6Ghz Processor dan 1GB RAM. Kapasiti ini amatlah sesuai untuk penggunaan internet, email serta menulis melalui word processor (Microsoft Word atau OpenOffice).

Sumber: http://www.kedai-buku.com/info/blog/48-info-internet-teknologi/84-apakah-netbook.html