Paparan terbaik menggunakan firefox, google chrome atau IE v7.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
---------------------------------------------------------------------------------------------------

MEASAT tawar khidmat satelit jalur lebar

MEASAT Global Bhd (MEASAT), pengendali satelit tunggal negara akan menawarkan perkhidmatan satelit jalur lebar di pasaran tempatan, mulai 1 September ini, menerusi penggunaan khidmat satelit yang dikenali sebagai MEASAT-5.

Ia susulan termeterainya perjanjian membabitkan anak syarikat Measat dengan pengendali satelit swasta tunggal Thailand, Thaicom Public Company Ltd (Thaicom) di Nonthaburi, Thailand, semalam.
Perjanjian membabitkan tempoh 10 tahun itu membolehkan Measat diberikan hak eksklusif penggunaan sebahagian besar kapasiti dalam satelit milik Thaicom, iaitu IPSTAR, sehingga tujuh peratus.
Menerusi hak eksklusif itu, ia membolehkan Measat menjadi sebahagian operator pengendali satelit IPSTAR, sekali gus dapat menyediakan kemudahan kapasiti jalur lebar serta lain-lain perkhidmatan jalur lebar yang berkaitan untuk dipancarkan di Malaysia.

Pengerusi Measat, Datuk Umar Abu, berkata inisiatif MEASAT-5 itu adalah sejajar misi kumpulan itu untuk menjadi pembekal perkhidmatan komunikasi satelit dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia.

“Perkongsian dengan Thaicom dalam projek ini akan membolehkan Measat mengembangkan sokongannya kepada syarikat telekomunikasi tempatan dalam menyediakan sambungan ke semua kawasan di Malaysia sejajar dengan projek Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pancaran satelit daripada IPSTAR itu berupaya menjanakan spektrum jalur lebar yang memiliki kapasiti sekitar 1,894 megahertz (MHz), atau sehingga 3.3 gigabit sesaat (Gbps) sambungan Protokol Internet.
“Pancaran yang diperoleh itu dijana daripada tujuh peratus daripada kapasiti jalur lebar keseluruhan satelit IPSTAR. Bahagian Malaysia ini akan dipasarkan sebagai MEASAT-5,” katanya.

Sebagai tambahan, Measat menerusi anak syarikatnya, Measat Satellite Systems Sdn Bhd turut akan memperoleh kemudahan IPSTAR sedia ada, yang akan dipindahkan ke Pusat Teleport dan Penyiaran Measat di Cyberjaya.

Umar berkata, MEASAT merancang menyediakan kapasiti jalur lebar di MEASAT-5 kepada pengendali telekomunikasi sedia ada dan baru di seluruh negara bagi perkhidmatan mudah alih dan untuk menyokong inisiatif kerajaan termasuk Penyediaan Perkhidmatan Universal ke kawasan yang tiada sambungan atau sangat kurang sambungan di dalam negara.

Satelit jalur lebar IPSTAR adalah salah satu satelit komunikasi terbesar pernah dilancarkan, yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada jutaan pengguna di 14 negara di Asia Pasifik, dengan kapasiti jalur lebar lebih 45 Gbps.

Kini, ia menyediakan perkhidmatan penuh satelit jalur lebar ke seluruh negara di 13 negara dengan 17 gerbang di Australia, Kemboja, China, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Thailand dan Vietnam.
info:berita harian

KEJAYAAN PASUKAN SEPAK TAKRAW SMKSB

SMKSB telah menghantar pasukan sepak takraw menyertai pertandingan sepak takraw peringkat kawasan Jasin di Dewan Rakan Sukan, Lipat Kajang pada 27 dan 28 April 2011.
Pasukan bawah 18 tahun di wakili oleh:-
Ahmad Fadzrul bin Zahid                       5 Adil
Ahmad Zunnurain bin Kalim                   5 Aman
Haznizam bin Jasdi                                 4 Amal
Mohd Zarnuji Gupran bin Osman           5 Amanah
Mohd Syafiq bin Mohd Syafaruddin       5 Aman
Azrie bin Rahim                                     3 Amal

Keputusan :-  Ke-4


Pasukan bawah 15 tahun di wakili oleh :-
Muhammad Fareez bin Zulkifli        2 Amal
Muhammad Sodiq bin Nor Rizan    2 Amal
Mohamad Rafizie bin Malik            2 Adil
Muhammad Rosman bin Mansor    3 Aman
Nuur Syafiq bin Sam                      3 Adil
Muhammad Syafiq bin Ali              2 Aman

Keputusan :-  Johan

Seramai 6 orang pemain dari SMKSB telah terpilih mewakili daerah Jasin ke peringkat negeri yang akan
diadakan  pada 4 & 5 Mei 2011 di SMK Sri Kota, Melaka.

PUSAT AKSES DIBUKA SETIAP HARI SEPANJANG SESI PERSEKOLAHAN

Pusat Akses dan perpustakaan SMK Simpang Bekoh dibuka sepanjang sesi  persekolahan awal tahun 2011 ini.

Dibuka dari jam 8.00 pagi - 4.00 petang
kecuali hujung minggu dan cuti umum.

Para pelajar SMKSB digalakkan menggunakan pusat akses bagi tujuan mencari maklumat,membuat kerja khusus dan sebagainya.Manfaatkan penggunaan untuk perkara yang lebih berfaedah .Tingkatkan ilmu pengetahuan dengan ict. 
Majulah bersama ICT