Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN
utusanperlis@utusan.com.my
ARAU 11 Ogos - Penggunaan Internet oleh murid-murid sekolah perlu dipantau oleh penjaga masing-masing untuk menentukan mereka benar-benar memanfaatkannya bagi kepentingan pendidikan dan bukannya perkara tidak berfaedah.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, pemantauan secara berjadual dan rambang mesti dilakukan kerana dibimbangi alam maya yang berstatus dunia tanpa sempadan itu tidak disalahgunakan oleh kanak-kanak tersebut.
"Murid-murid sekolah rendah dan menengah sekarang ternyata tidak sama dengan zaman saya dahulu. Mereka kini sudah ada Internet. Sudah ada satu alam maya iaitu alam yang wujud tanpa sempadan.
"Dalam bab ini, ibu bapa kenalah memantau. Dibimbangi anak-anak melayari pelbagai laman sosial sesuka hati, yang juga tanpa sempadan," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Komputer Netbook 1 Malaysia dan Pelancaran Pusat Jalur Lebar Konuniti (PJK) Felda Chuping di sini petang semalam.
Pada majlis itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengedarkan 300 netbook kepada pelajar yang kurang berkemampuan dari Felda Chuping, Felda Rimba Mas dan Felda Mata Ayer.
Pengarah SKMM Wilayah Utara, Mohd. Hussin Ali dan Naib Presiden Celcom Wilayah Utara, Saiful Bahri Abd. Ghafar hadir sama pada majlis berkenaan.
Md. Isa kemudian memuji SKMM yang melaksanakan tanggungjawabnya di tahap terbaik sambil berterima kasih kerana menjadikan Perlis negeri pertama buat SKMM mengedarkan netbook untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
Menteri Besar juga turut mengingatkan masyarakat supaya belajar menggunakan Internet bagi pelbagai kepentingan, seperti untuk memasarkan produk keluaran masing-masing.
"Kita (golongan veteran) juga patut mempelajari cara menggunakan Internet. Melalui Internet kita boleh memasarkan hasil-hasil keluaran kampung seperti produk industri hiliran," jelasnya.

Post a Comment