Paparan terbaik menggunakan firefox, google chrome atau IE v7.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
---------------------------------------------------------------------------------------------------

JENIS-JENIS VIRUS

Pada asasnya tanpa merujuk kepada sifat-sifat teknikal secara terperinci virus terbahagi kepada tiga kategori iaitu : Virus boot, Virus fail dan Virus makro. 

Ketiga-tiga virus itu mempunyai persamaan yang boleh mendatangkan bahaya namun terdapat juga perbezaan yang penting dikalangan mereka.

VIRUS BOOT 
Virus jenis ini menjangkiti sektor boot (boot sector) di dalam disket (floppy disk) dan sama ada Master Boot Record (MBR), sektor sekatan (Partition Sector) DOS Boot Record atau sector boot DOS pada cakera keras. Satu-satunya cara virus menjangkiti sesebuah komputer ialah apabila cakera yang dijangkiti itu dibootkan. Setelah cakera yang dijangkiti digunakan untuk menbootkan komputer, bahkan jika ia melibatkan sebuah cakera yang tidak boleh dibootkan, virus itu masih lagi menjangkiti komputer. Setelah cakera itu dijangkiti virus setiap kali komputer dihidupkan virus akna aktif dan dalam kebanyakan kes berlaku jangkitan semula pada disket-disket yang diakses oleh komputer. Virus jenis boot telah menyumbang kepada majoriti jangkitan komputer virus di seluruh dunia seperti dilaporkan oleh penemuan penyelidikan yang diterbitkan oleh Virus Bulletin, Jernal Industri sehinggalah kemunculan Virus Makro pada tahun 1995.

VIRUS FAIL 
Kebanyakan virus menjangkiti fail-fail pelaksanaan (Executables) yang memiliki sumbangan seperti COM dan EXE. Virus ini hanya aktif apabila fail yang dijangkiti itu dijalankan (run). Setelah fail tersebut dijalankan dalam kebanyakan kes virus itu akan mengawal dan memulakan proses jangkitannya. Sesetengah virus yang bersifat 'Bestari' akan segera mencari fail-fail untuk dijangkiti. Ia dipanggil sebagai virus Non-TSR. Virus TSR yang merebak dengan banyak akan menempatkan diri mereka di dalam memori dan menjangkiti setiap fail yang diakses atau kadangkala berlaku secara rawak. Satu contoh terbaik bagi virus fail yang terkenal ialah Die-Hard 2(DH2). Virus Fail tidak seperti Virus Boot kerana ia dipindahkan melalui sesebuah sistem rangkain. Bahkan dalam masa beberapa jam atau minit, ia boleh merebak melalui keseluruhan rangkaian organisasi.

VIRUS MAKRO
Kemunculan virus Makro pada suku tahun 1995, telah merubah senario keseluruhan perkembangan virus. Dalam masa dua tahun, bilangan jangkitan Virus Makro telah mencapai ketahap perlu dicegah dan pada ketika ini agak mustahil untuk menganggarkan jumlah keseluruhan jangkitan. Dalam masa sekurang-kurangnya setahun yang lepas, peratus jangkitan virus masih lagi mengekalkan angka yang tertinggi di seluruh dunia. Walaupun terdapat laporan kes tentang Virus Makro yang menjangkiti Amipro dan WordPerfect, tetapi 99.9% daripadanya didapati menyerang dokumen Microsoft Word dan hamparan kerja Microsoft Excel. Virus Makro tidak bergantung kepada sistem  pengoperasian (OS) seperti Virus Fail atau Virus Boot. Kebergantungan terhadao OS bermakna bahawa virus tersebut hanya boleh dijngkiti apabila ia dijalankan di bawah sistem pengoperasian tertentu seperti MS DOS,MS Windows dan sebagainya. Sebagai contoh Virus Makro adalah bergantung kepada perisian aplikasi tertentu. Virus Makro bagi aplikasi Wors boleh memperluaskan pengaruhnya di dalam DOS, Windows 3.x, Windows 95, Windows NT, atau Macintosh selagi aplikasi MS OFFICE masih dijalankan. Dengan berkongsi dokumen atau hamparan kerja daripada aplikasi MS Word dan MS Excel, Virus Makro boleh dipindahkan di seluruh rangkaian bahkan di seluruh dunia dengan penembusan melalui internet dan ia boleh merebak umpama kebakaran yang tidak terkawal.

0 Response to "JENIS-JENIS VIRUS"

Post a Comment