Paparan terbaik menggunakan firefox, google chrome atau IE v7.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Liga Remaja Kreatif



Liga Remaja Kreatif merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.  Tema pada tahun 2010 adalah “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia”

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:

  1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan
  2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan
  3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan

Durasi Penyertaan  : 3-7 Minit
Tarikh Mula Penyertaan : 1 Jun 2010
Tarikh Tutup Penyertaan : 30 Ogos 2010


SYARAT PENYERTAAN

A. Maklumat Peraduan:

Pertandingan Jalur Lebar Untuk 1Malaysia adalah anjuran bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Filem Negara Malaysia.

Pertandingan ini dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 1 Ogos 2010 30 Ogos 2010.

Tema bagi produksi adalah JALUR LEBAR UNTUK 1MALAYSIA dan mestilah berbahasa Malaysia.

 B. Kelayakan Pertandingan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif ini terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia
Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia

C. Terma dan syarat pertandingan

  • Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada dua hingga empat orang pelajar.
  • Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2010 30 Ogos 2010 kepada Sekretariat Pertandingan seperti yang dinyatakan di bawah. Penyertaan yang lewat daripada tarikh tutup tidak akan diterima.
  • Penyertaan hendaklah diantara 3-7 minit.
  • Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
  • Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak. 
  • Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana festivel filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  • Penyertaan adalah percuma.
  • Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Liga Remaja Kreatif kepada pihak Sekolah.
  • Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  • Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
  • Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
  • Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  • Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  • Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.

Borang Penyertaan hendaklah disertakan dengan:

a. Sinopsis produksi
b. 2 salinan DVD produksi
c. Biodata peserta
d. Perakuan dari pihak Sekolah
e. Perakuan penyertaan adalah kerja asli

Penyertaan perlu dihantar melalui perkhidmatan pos atau kurier ke alamat berikut:

Sekretariat Liga Remaja Kreatif
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

Info lanjut: http://www.skmm.gov.my/index.php?c=public&v=art_view&art_id=639

0 Response to "Liga Remaja Kreatif"

Post a Comment