Paparan terbaik menggunakan firefox, google chrome atau IE v7.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Jalur Lebar


APAKAH JALUR LEBAR?

Lebih pantas berbanding dail terus, Jalur Lebar menawarkan laluan internet sepanjang masa yang berkelajuan tinggi dan berkemampuan tinggi. Dengan penghantaran data berkelajuan tinggi, jalur lebar membolehkan lebih banyak kandungan dihantar dan diterima. Paparan video, telefon internet, permainan, dan rangkaian perkhidmatan interaktif memerlukan pemindahan data yang besar, sesuatu yang tidak dapat dilakukan sebelum ini dengan perkhidmatan dail terus. Kini dengan jalur lebar, anda mampu meneroka dunia yang penuh dengan kemungkinan tanpa batasan.

Jalur Lebar menawarkan banyak laluan ke pelbagai pilihan kandungan pendidikan, kebudayaan dan rekreasi?. Antara kelebihan-kelebihan Jalur Lebar adalah:

Memuat Turun Media

Dengan Jalur Lebar, kita boleh menonton video, memuat turun lagu mahupun mengeratkan kembali persahabatan yang sekian lama terjalin. Kepilan emel yang besar seperti fail filem juga kini mudah dilakukan dengan Jalur Lebar.

E-Pembelajaran: Pendidikan Secara Online

Kelebihan memperolehi pendidikan menerusi internet yang begitu besar meningkatkan lagi permintaannya dewasa ini. Para penuntut tidak lagi dibebankan dengan yuran yang tinggi, keseluruhan tempoh pembelajaran dikurangkan, latihan boleh dilakukan untuk tempoh yang lebih lama, waktu pembelajaran yang lebih fleksibel dan tidak perlu untuk menjelajah ke tempat yang jauh. Pendek kata, Jalur Lebar membawa universiti terus ke keselesaaan kediaman anda.

Perubatan

Di dalam penjagaan kesihatan, Jalur Lebar membolehkan pendiagnosan, rawatan dan konsultasi dilakukan dari jauh dengan barisan doktor pakar di seluruh dunia. Mereka yang tinggal di kawasan pedalaman kini boleh mendapatkan penjagaan kesihatan dengan pantas.

Perniagaan

Jalur Lebar juga menggalakkan perkembangan ekonomi menerusi e-perdagangan. Menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik industri baru, jalur lebar turut menawarkan laluan ke pasaran serantau, kebangsaan dan seluruh dunia.

E-Kerajaan

Maklumat terkini mengenai polisi, prosedur dan rangkaian program kerajaan kini lebih mudah diperolehi menerusi E-kerajaaan dan Jalur Lebar. Malah, anda juga boleh menjelaskan pembayaran cukai mahupun menyemak status saman anda secara online.

Pengumuman Awam

Jalur Lebar juga boleh membantu melindungi masyarakat awam dengan membolehkan maklumat dan prosedur disalurkan dengan pantas. Sistem amaran awal dapat membantu masyarakat untuk bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kejadian banjir, gempa bumi atau bencana alam yang lain.

Sumber: http://www.broadband.my/bm

0 Response to "Jalur Lebar"

Post a Comment