Tahukah anda, apa itu Operating System?
Dalam bidang perkomputeran, Sistem Operasi @ Sistem Pengoperasian @ Sistem Pengendalian (Operating System) ialah sistem perisian yang bertanggungjawab mengawal serta mengurus perkakasan komputer, pengoperasian sistem yang asas dan juga melancarkan perisian komputer seperti perisian pemproses perkataan dan pelayar web. Operating System juga lebih mudah disebut sebagai OS.
Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara di antara perisian (software) dan perkakasan (hardware). Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer – seperti memori dan CPU – kepada setiap aplikasi yang dijalankan. Secara amnya, istilah ini sering digunakan untuk merujuk keseluruhan perisian yang dipakejkan dengan komputer baru, sebelum perisian tambahan dipasang (install).
Sistem Operasi memastikan [aplikasi/program/perisian] lain berupaya mengguna memori, perkakasan/peranti input-output, dan mempunyai capaian (access) terhadap sistem fail (file system). Sekiranya lebih daripada satu aplikasi dijalankan (run), Sistem Operasi menjadualkan supaya setiap proses aplikasi mempunyai masa proses yang mencukupi dan tidak bertelingkah dengan proses masing-masing.
Sebagai contoh, katakanlah anda sedang menaip surat menggunakan Microsoft Word. Apabila anda ingin mencetak dokumen tersebut, OS akan bertanggungjawab untuk menyampaikan arahan dari Microsoft Word (software) kepada printer (hardware). Interaksi lazim antara software dan hardware ini diuruskan oleh OS supaya aplikasi tersebut tidak perlu menguruskannya sendiri, sekaligus memudahkan programmer membuat aplikasi.
Jenis-jenis OS
Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga dengan Windows Vista dan Windows 7, kesemuanya datang dari keluarga Windows NT. Selain daripada Microsoft Windows yang anda kenali, terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu, Fedora, dan Knoppix.
Sehingga awal tahun 2004, Sistem Operasi terkenal yang tersebar luas penggunaannya dalam Komputer Peribadi, telah bergabung kepada 2 keluarga : Keluarga Microsoft Windows, dan Keluarga ala-Unix (ini termasuk pelbagai definisi Unix yang berbeza, Linux dan Mac OS X).
Unix diguna secara meluas di institusi akademik dan sebagai aplikasi sokongan (back-end implementation), manakala Windows lebih laris digunakan di kalangan Pengguna biasa (home user), selain daripada perniagaan untuk kegunaan muka (front-end). Sebagai Pelanggan, Windows jauh lebih luas penggunaannya, dan ini meletak pasaran saham Microsoft dalam peratusan 90-98%. Linux merupakan Sistem Operasi yang lebih banyak diguna sebagai Pelayan Web (Web Server), dan sekarang sudah mula diguna di rumah serta persekitaran Perniagaan. Disebabkan ia percuma, Sistem Operasi ini mula mendapat tempat di sebahagian syarikat. Mac OS X (yang mengguna sistem Unix), serta warisan awalnya, lebih laris di kalangan pengguna biasa dan dalam bidang multimedia.
Jenis OS yang selalu digunakan
1. WINDOWS XP dikembangkan oleh MICROSOFT
2. LINUX dikembangkan oleh LINUX
3. UNIX dikembangkan oleh BELL Lab
4. MAC-OS(MACHINTOS) oleh APPLE
5. SYMBIAN yang biasa digunakan untuk OS pada telephone cellular atau smart phone.
6. UBUNTU dikembangkan oleh LINUX
7. WINDOWS VISTA dikembangkan oleh MICROSOFT
Sumber:
http://www.in4ict.com/sistem-operasi/apa-dia-sistem-operasi-operating-system.html
http://sembangkomputer.com/istilah-os-operating-system/

Post a Comment