Ramai di antara kita yang masih keliru dengan istilah-istilah yang digunapakai dalam dunia siber hari ini. Berikut adalah definasi istilah-istilah yang sering kita dengar atau baca.
Spam
-Spam adalah satu cara di mana seseorang menghantar mel elektronik (email) dengan kuantiti yang terlalu banyak bertujuan untuk promosi dan pengiklanan kepada sesiapa sahaja yang menjadi mangsanya. Kebiasaannya, spammer memperolehi alamat email daripada blog, chat rooms, IRC, dan laman web.
Junk mail
-Junk mail adalah sejumlah besar mel elektronik yang tidak dikehendaki oleh penerima mel elektronik tersebut dan sering mendatangkan masalah apabila ia selalu memenuhi ‘mailbox’ penerimanya.
Shareware
-Shareware adalah perisian percubaan yang boleh dimuat turun secara percuma, tetapi hanya boleh digunakan dalam satu tempoh yang telah ditetapkan oleh pengeluarnya. Selepas tamat tempoh percubaan, pengguna boleh mempertimbangkan samada untuk membeli atau tidak perisian tersebut. Perisian percubaan ini adalah satu cara dimana pengguna dapat menilai sesuatu perisian itu sebelum membuat pembelian.
Freeware
-Freeware adalah perisian yang boleh dimuat turun atau diperolehi secara percuma dari internet. Walaupun perisian ini percuma, penciptanya masih memegang hak cipta dan ini bermakna ia tidak boleh dipinda atau dijual kepada mana-mana pihak. Penggunaan freeware adalah tidak terhad berbanding dengan shareware.
Open Source
-Perisian Open source adalah perisian percuma sama seperti freeware tetapi mempunyai sedikit perbezaan. Perisian Open Source membolehkan penggunanya melihat, mengubah ‘source code’ dan pengguna juga boleh mengedarkannya kepada sesiapa sahaja. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh mendapatkan menggunakan source code perisian sumber terbuka ini untuk menghasilkan satu produk dengan hakciptanya sendiri.
Spyware
-Spyware adalah sejenis perisian yang mengumpul maklumat pengguna melalui internet tanpa pngetahuan pengguna tersebut, kebiasaannya untuk tujuan pengiklanan oleh pihak ketiga. Spyware selalunya terlindung dan ia hadir bersama-sama freeware atau shareware yang dimuat turun dari internet. Apabila ia dimuat turun, spyware akan mengawal aktiviti pengguna dan menghantar maklumat pengguna kepada pihak ketiga. Setelah itu ia akan menghantar seberapa banyak iklan ‘pop up’ tanpa pengguna mengetahui dari mana Ia datang. Spyware juga boleh mengumpul maklumat seperti kata laluan, alamat mel elektronik dan juga nombor kad kredit. Spyware juga dipanggil adware.
Virus
-Virus adalah sejenis aturcara yang berbahaya dan ia berupaya membuat seberapa banyak salinan dan juga berupaya menyebar atau merebak. Kebanyakan virus komputer ini bersifat pemusnah. Virus bertindak dengan menumpangkan dirinya pada program yang lain. Apabila program tersebut dilaksanakan, virus yang menumpang padanya akan turut diaktifkan dan ia boleh menjangkiti dan lebih teruk lagi ia boleh merosakkan file dalam komputer. Virus tidak mengganggu rangkaian computer dan lebar jalur(bandwidth).
Worm
-Worm adalah sejenis aturcara yang boleh membuat banyak salinan dirinya sendiri sama seperti virus. Berbeza dengan virus, worm bertindak bersendirian tanpa memerlukan pergantungan kepada sebarang program dalam komputer. Worm menyebarkan dirinya melalui rangkaian komputer dan memenuhi lebar jalur(bandwidth) sehingga menyebabkan sistem rangkaian menjadi terlalu perlahan dan tidak efisien.

Post a Comment