Paparan terbaik menggunakan firefox, google chrome atau IE v7.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Istilah Komputer

  • Access Point: Merupakan sebuah peranti tanpa kabel yang dipasang dalam jaringan kabel, berfungsi menerima dan mengirim data dari adapter wireless. Alat ini berfungsi sebagai jambatan untuk lalu lintas jaringan, biasanya dari Ethernet ke signal radio. Access Point kadang-kadang menggabungkan fungsi router dan bridge. 
  • Aplikasi: Perisian yang merupakan program pembantu para pengguna untuk mengerjakan sesuatu; misalnya untuk mengira. 
  • Bridge: Adalah peranti yang berfungsi menghubungkan LAN, biasanya menghubungkan antarbahagian dalam jaringan yang lebih besar atau menghubungkan jenis LAN yang berbeza 
  • Bus: Jalur utama aliran data antara prosesor ke komponen lainnya (seperti memori, kad grafik, kad suara) pada motherboard 
  • Admin: Sama halnya dengan user tetapi memiliki hak yang lebih tinggi, dimana sebagai administrator dari sebuah jaringan komputer (termasuk internet), atau program interaksi seperti chat, dia berhak mengatur kondisi yang ada di jaringan dan program tersebut. Dia berhak untuk menerima dan menolak user-user yang ingin bergabung dengan jaringan dan program tersebut 
  • Animated GIF: adalah jenis format file gambar GIF yang terdiri dari beberapa gambar yang disusun sehingga dapat terbentuk animasi 
  • Attachment: adalah fasiliti pada sebuah program e-mail baik program komputer maupun webmail, yang dapat digunakan untuk mengirimkan file, atau gambar, yang di ikutsertakan pada e-mail yang akan di kirim. 
  • AVI: adalah jenis format file video yang dikembangkan oleh Microsoft Corp. yang dapat di-download melalui internet, dengan jumlah ukuran file yang cukup besar, dan dengan kualiti gambar dan suara yang cukup baik. 

Istilah IT

Ramai di antara kita yang masih keliru dengan istilah-istilah yang digunapakai dalam dunia siber hari ini. Berikut adalah definasi istilah-istilah yang sering kita dengar atau baca.

Spam
-Spam adalah satu cara di mana seseorang menghantar mel elektronik (email) dengan kuantiti yang terlalu banyak bertujuan untuk promosi dan pengiklanan kepada sesiapa sahaja yang menjadi mangsanya. Kebiasaannya, spammer memperolehi alamat email daripada blog, chat rooms, IRC, dan laman web.

Junk mail
-Junk mail adalah sejumlah besar mel elektronik yang tidak dikehendaki oleh penerima mel elektronik tersebut dan sering mendatangkan masalah apabila ia selalu memenuhi ‘mailbox’ penerimanya.

Shareware
-Shareware adalah perisian percubaan yang boleh dimuat turun secara percuma, tetapi hanya boleh digunakan dalam satu tempoh yang telah ditetapkan oleh pengeluarnya. Selepas tamat tempoh percubaan, pengguna boleh mempertimbangkan samada untuk membeli atau tidak perisian tersebut. Perisian percubaan ini adalah satu cara dimana pengguna dapat menilai sesuatu perisian itu sebelum membuat pembelian.

Freeware
-Freeware adalah perisian yang boleh dimuat turun atau diperolehi secara percuma dari internet. Walaupun perisian ini percuma, penciptanya masih memegang hak cipta  dan ini bermakna ia tidak boleh dipinda atau dijual kepada mana-mana pihak. Penggunaan freeware adalah tidak terhad berbanding dengan shareware.

Open Source
-Perisian Open source adalah perisian percuma sama seperti freeware tetapi mempunyai sedikit perbezaan. Perisian Open Source membolehkan penggunanya melihat, mengubah ‘source code’ dan pengguna juga boleh mengedarkannya kepada sesiapa sahaja. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh mendapatkan menggunakan source code perisian sumber terbuka ini untuk menghasilkan satu produk dengan hakciptanya sendiri.

Spyware
-Spyware adalah sejenis perisian yang mengumpul maklumat pengguna melalui internet tanpa pngetahuan pengguna tersebut, kebiasaannya untuk tujuan pengiklanan oleh pihak ketiga. Spyware selalunya terlindung dan ia hadir bersama-sama freeware atau shareware yang dimuat turun dari internet. Apabila ia dimuat turun, spyware akan mengawal aktiviti pengguna dan menghantar maklumat pengguna kepada pihak ketiga. Setelah itu ia akan menghantar seberapa banyak iklan  ‘pop up’ tanpa pengguna mengetahui dari mana Ia datang. Spyware juga boleh mengumpul maklumat seperti kata laluan, alamat mel elektronik dan juga nombor kad kredit. Spyware juga dipanggil adware.

Virus
 -Virus adalah sejenis aturcara yang berbahaya dan ia berupaya membuat seberapa banyak salinan dan juga berupaya menyebar atau merebak. Kebanyakan virus komputer ini bersifat pemusnah. Virus bertindak dengan menumpangkan dirinya pada program yang lain. Apabila program tersebut dilaksanakan, virus yang menumpang padanya akan turut diaktifkan dan ia boleh menjangkiti dan lebih teruk lagi ia boleh merosakkan file dalam komputer. Virus tidak mengganggu rangkaian computer dan lebar jalur(bandwidth).

Worm
-Worm adalah sejenis aturcara  yang boleh membuat banyak salinan dirinya sendiri sama seperti virus. Berbeza dengan virus, worm bertindak bersendirian tanpa memerlukan pergantungan kepada sebarang program dalam komputer. Worm menyebarkan dirinya melalui rangkaian komputer dan memenuhi lebar jalur(bandwidth) sehingga menyebabkan sistem rangkaian menjadi terlalu perlahan dan tidak efisien.

Pusat Jalur Lebar

Utusan Online
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

Di sebalik kehebatan perang komunikasi antara syarikat-syarikat pengendali di negara ini, lebih separuh daripada rakyat Malaysia sebenarnya tidak berpeluang untuk menikmati perkhidmatan itu.

Buktinya, kadar penembusan jalur lebar di seluruh negara ketika ini hanya sekitar 33 peratus sahaja.

Ia masih jauh daripada sasaran kerajaan iaitu sekurang-kurang 50 peratus penembusan jalur lebar di kalangan rakyat menjelang akhir tahun ini.

Dari sudut infrastruktur, kita sebenarnya sudah mempunyai pelbagai teknologi yang canggih untuk menyebarluas perkhidmatan ini kepada seluruh rakyat termasuk di kawasan pedalaman.

Namun, apa yang menjadi halangan barangkali ialah kemampuan penduduk kerana perkhidmatan relatifnya masih mahal untuk dicapai.

Maka, di sinilah pentingnya peranan syarikat pengendali telekomunikasi bersama-sama kerajaan untuk turun padang dari sudut sumbangan korporat.

DiGi misalnya, adalah antara yang aktif memainkan peranan ini menerusi program yang dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK).

Ia merupakan projek lima tahun yang dibiayai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui dana Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

Program ini antara lain memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan capaian Internet secara kolektif kepada kawasan yang kurang mendapat liputan.

Ia bertujuan merapatkan jurang digital antara masyarakat di luar bandar seterusnya mencapai pembangunan yang sama rata dan seimbang.

PJK dibuka kepada orang ramai dengan yuran keahlian sebanyak RM5 untuk sepanjang hidup. Di bawah program ini, DiGi telah diberikan 13 kawasan untuk dibangunkan PJK termasuk di Kampung Teriang Besar, Mersing Johor.

Majlis pelancaran pusat PJK di kawasan itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad, baru-baru ini.

Sama seperti PJK lainnya, PJK Kampung Teriang Besar, Mersing menempatkan kemudahan capaian jalur lebar rangkaian 3G Turbo DiGi. Turut dimuatkan ialah kelengkapan komputer meja sebanyak 20 buah, projektor, mesin pengimbas dan pencetak.

Setiap PJK juga akan dikendalikan oleh penyelia dan pembantu daripada kalangan penduduk tempatan yang diberi latihan oleh DiGi.

Bagi Timbalan Ketua Pegawai Teknologi DiGi, Abdul Karim Fakir Ali, beliau melihat PJK sebagai pendekatan terbaik dalam melahirkan masyarakat berasaskan ilmu pengetahuan di kalangan ahli masyarakat itu sendiri.

Dalam masa yang sama katanya, PJK turut membuka peluang kepada penduduk di kawasan pedalaman memperkukuhkan sosioekonomi menerusi peluang yang ditawarkan oleh jalur lebar.

Selain PJK, DiGi turut memperkenalkan satu rumusan dengan kos rendah bagi mempermudahkan capaian Internet di rumah.

Didatangkan dalam bentuk kekotak 'set top' berserta papan kekunci tanpa wayar yang dihubungkan ke televisyen rumah, peranti elektrik itu boleh ditempatkan di semua kediaman untuk mengakses Internet.

"Peranti mampu milik ini merupakan penyelesaian kepada masalah utama penembusan jalur lebar di kalangan penduduk pedalaman iaitu kos yang mahal. Ia dijangka akan dikomersialkan akhir bulan ini,'' katanya.

Beliau menambah, DiGi juga mengadakan projek percubaan selama dua bulan bersama kira-kira 30 buah keluarga di Kampung Teriang Besar bagi melihat sejauh mana 'set top' itu berfungsi.

Setiap keluarga akan dibekalkan dengan peranti itu lengkap dengan sambungan ke perkhidmatan jalur lebar DiGi.

"Projek percubaan ini adalah sebahagian daripada pendekatan DiGi untuk memastikan bahawa tawaran baru ini mampu memenuhi keperluan setiap ahli dalam komuniti di samping sesuai dengan gaya hidup mereka,'' tambahnya.

Matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7 untuk mengelakkan virus

Fungsi AutoPlay dalam Windows pada asalnya dibina untuk memudahkan pengguna. Apabila anda memasukkan media luar seperti USB drive atau external hard disk, Windows akan menjalankan aplikasi tertentu berdasarkan AutoPlay yang telah ditetapkan.


Malangnya fungsi ini telah disalahgunakan oleh pembuat virus untuk menjangkiti komputer anda. Virus tersebut diprogramkan untuk dilancarkan secara automatik apabila fungsi autoplay diaktifkan. Sebab itulah, lebih elok jika anda mematikan terus fungsi AutoPlay ini.

Cara-cara nak matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7

1. Buka Control Panel dan taipkan ‘AutoPlay’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori AutoPlay dipaparkan. Klik pada ‘Change default settings for media or devices’


2. Kosongkan kotak ‘Use AutoPlay for all media and devices’. Tekan butang Save.


Semudah itu sahaja, fungsi AutoPlay anda telah dimatikan bagi mengurangkan risiko komputer anda dijangkiti virus. Dan jangan lupa untuk memasang antivirus pada komputer anda sebagai perlindungan utama terhadap virus.

sembang: http://sembangkomputer.com

Apa Itu Boot Sequence?

Boot sequence (urutan booting) adalah satu susunan yang menentukan dari mana komputer anda harus membaca data, seterusnya memulakan sistem pengoperasian.

Satu aturan boot sequence yang lazim digunakan adalah seperti ini:

  • Hard Disk
  • Disket
  • CD-ROM

Berdasarkan senarai di atas, apabila komputer dihidupkan, ia akan melihat ke dalam hard disk terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sistem pengoperasian dalam hard disk tersebut, ia akan dijalankan. Sekiranya tidak, komputer akan melihat pula ke dalam disket, kemudian ke dalam CD-ROM, dan seterusnya.

Jadi, jika anda ingin memasang sistem pengoperasian baru ke dalam komputer anda (install Windows XP atau Ubuntu misalnya), ataupun jika anda ingin menjalankan live CD, anda harus mengubah boot sequence yang pertama kepada CD-ROM.

Begitu juga jika anda ingin menjalankan sistem pengoperasian dari USB drive (Slax misalnya), boot sequence yang pertama haruslah ditetapkan kepada kepada USB.

Boot sequence boleh diubah melalui skrin BIOS. Untuk memasuki skrin BIOS, hidupkan komputer dan tekan F2 atau Delete (bergantung kepada komputer anda, lihat pada paparan yang muncul sewaktu komputer mula didhidupkan). Kemudian, cari menu yang berkaitan dengan boot sequence untuk mengubah aturannya.

Sumber: http://sisilain.net

Operating System

Tahukah anda, apa itu Operating System?

Dalam bidang perkomputeran, Sistem Operasi @ Sistem Pengoperasian @ Sistem Pengendalian (Operating System) ialah sistem perisian yang bertanggungjawab mengawal serta mengurus perkakasan komputer, pengoperasian sistem yang asas dan juga melancarkan perisian komputer seperti perisian pemproses perkataan dan pelayar web. Operating System juga lebih mudah disebut sebagai OS.

Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara di antara perisian (software) dan perkakasan (hardware). Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer – seperti memori dan CPU – kepada setiap aplikasi yang dijalankan. Secara amnya, istilah ini sering digunakan untuk merujuk keseluruhan perisian yang dipakejkan dengan komputer baru, sebelum perisian tambahan dipasang (install).

Sistem Operasi memastikan [aplikasi/program/perisian] lain berupaya mengguna memori, perkakasan/peranti input-output, dan mempunyai capaian (access) terhadap sistem fail (file system). Sekiranya lebih daripada satu aplikasi dijalankan (run), Sistem Operasi menjadualkan supaya setiap proses aplikasi mempunyai masa proses yang mencukupi dan tidak bertelingkah dengan proses masing-masing.

Sebagai contoh, katakanlah anda sedang menaip surat menggunakan Microsoft Word. Apabila anda ingin mencetak dokumen tersebut, OS akan bertanggungjawab untuk menyampaikan arahan dari Microsoft Word (software) kepada printer (hardware). Interaksi lazim antara software dan hardware ini diuruskan oleh OS supaya aplikasi tersebut tidak perlu menguruskannya sendiri, sekaligus memudahkan programmer membuat aplikasi.

Jenis-jenis OS

Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga dengan Windows Vista dan Windows 7, kesemuanya datang dari keluarga Windows NT. Selain daripada Microsoft Windows yang anda kenali, terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu, Fedora, dan Knoppix.

Sehingga awal tahun 2004, Sistem Operasi terkenal yang tersebar luas penggunaannya dalam Komputer Peribadi, telah bergabung kepada 2 keluarga : Keluarga Microsoft Windows, dan Keluarga ala-Unix (ini termasuk pelbagai definisi Unix yang berbeza, Linux dan Mac OS X).

Unix diguna secara meluas di institusi akademik dan sebagai aplikasi sokongan (back-end implementation), manakala Windows lebih laris digunakan di kalangan Pengguna biasa (home user), selain daripada perniagaan untuk kegunaan muka (front-end). Sebagai Pelanggan, Windows jauh lebih luas penggunaannya, dan ini meletak pasaran saham Microsoft dalam peratusan 90-98%. Linux merupakan Sistem Operasi yang lebih banyak diguna sebagai Pelayan Web (Web Server), dan sekarang sudah mula diguna di rumah serta persekitaran Perniagaan. Disebabkan ia percuma, Sistem Operasi ini mula mendapat tempat di sebahagian syarikat. Mac OS X (yang mengguna sistem Unix), serta warisan awalnya, lebih laris di kalangan pengguna biasa dan dalam bidang multimedia.

Jenis OS yang selalu digunakan

1. WINDOWS XP dikembangkan oleh MICROSOFT
2. LINUX dikembangkan oleh LINUX
3. UNIX dikembangkan oleh BELL Lab
4. MAC-OS(MACHINTOS) oleh APPLE
5. SYMBIAN yang biasa digunakan untuk OS pada telephone cellular atau smart phone.
6. UBUNTU dikembangkan oleh LINUX
7. WINDOWS VISTA dikembangkan oleh MICROSOFT

Sumber:
http://www.in4ict.com/sistem-operasi/apa-dia-sistem-operasi-operating-system.html
http://sembangkomputer.com/istilah-os-operating-system/

Pembelajaran Berbentuk Multimedia

Teknologi multimedia mempunyai potensi untuk meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran sains. Melalui pengintegerasian perkakasan computer dan perisian pembelajaran, elemen multimedia digunakan untuk mempersembahkan video bergerak, animasi yang canggih dan grafik berwarna yang beresolusi tinggi mengenai sesuatu topik sains yang sebelum ini pelajar hanya mungkin belajar dengan menggunakan buku teks sahaja. Dengan itu, Halimah dalam Rosni (2000) menyatakan bahawa teknologi multimedia mampu melibatkan sebanyak mungkin pancaindera seperti deria penglihatan, pendengaran dan deria sentuhan lalu menghasilkan pembelajaran yang lebih menyeluruh.

Robyler (1988) dalam penelitiannya ke atas literatur berkenaan keberkesanan mikrokomputer dalam pendidikan mendapati Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dapat memberi kesan yang signifikan dan positif terhadap pembelajaran pelajar. Unsur multimedia di dalam pakej perisian PBK pula membolehkan pencapaian maklumat baru dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan (Hofstetter 1995).

Oleh itu pembelajaran berbantukan multimedia (PBM) dalam konteks pembelajaran kendiri dapat menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran dan proses pembelajaran adalah berpusatkan pelajar. Dalam konteks pendidikan sains, PBM mungkin dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains agar subjek sains diminati pelajar dan seterusnya dapat mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam jurusan sains yang mana usaha mempertingkatkan bilangan pelajar dalam jurusan sains merupakan salah satu agenda utama pendidikan sains di Malaysia.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa PBM tidak menggantikan guru tetapi membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih tersusun dan efektif. Pada masa yang sama, pembangunan sesuatu perisian multimedia juga perlu berlandaskan dan menepati sukatan pelajaran agar ia berupaya menghasilkan pembelajaran yang lebih tersusun.

Sumber: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/36/E/JT36E2.pdf

Layari Internet dengan rangkaian TV

Megabait - Utusan Online
Oleh: ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

MELALUI siri televisyen Viera Cast 2010, pengguna dapat menonton dan menjalankan aplikasi yang diakses terus daripada kad memori.


Bermula dari rekaan barisan televisyen Plasma pada tahun lalu, Panasonic kini melangkah maju dengan menghasilkan produk terbaru yang lebih menarik.

Pengguna kini tidak lagi perlu ke meja komputer untuk melayari Internet ketika menonton televisyen.

Melalui siri televisyen Viera Cast 2010 dan teknologi NeoPDP pengguna kini hanya perlu menukar siaran televisyen mereka kepada mod penggunaan Internet.

Melalui Viera Cast 2010 pengguna turut boleh mengakses laman web sosial seperti Skype dan Twitter dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh televisyen tersebut.

Di samping itu, pengguna juga boleh mengakses laman web hiburan seperti YouTube, Google, Picasa, Google's Web Album, Bloomberg dan servis cuaca.

Selain itu, barisan oplasma HDTV Viera Cast 2010 mempunyai empat kali lebih kecekapan luminasi.

Ia juga memaparkan Viera Link untuk meningkatkan rangkaian dan SD Link bagi tontonan digital dan video AVCHD.

Rangkaian Viera 2010 membuktikan teknologi NeoPDP mampu menapis warna hitam melalui panel kecekapan yang lebih tinggi, membolehkan ia menjadi seimbang di bawah persekitaran terang.

Manakala panel terbaru, infinite black mengurangkan pantulan dan memberi kesan gambar yang lebih terang dengan kontras tinggi dalam persekitaran yang cerah.

Tambahan lagi, struktur panel baru dan teknologi kawalan pra-discaj memberi kesan pada tahap kontras terhad asli.

Panasonic juga terus bekerjasama dengan THX dengan beberapa model yang disahkan daripada syarikat yang diasaskan oleh penerbit filem George Lucas.

Menurut Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Jeff Lee, selain pembaharuan teknologi lain, kecekapan kuasa kini lebih baik melalui campuran fosforus dan elektronik yang lebih efisien.

"Dalam ke semua kelebihan pembaharuan ini, pengguna paling berminat tentang kualiti gambar.

"Tanpa diragui lagi televisyen plasma dan LCD Panasonic pasti memberi kualiti gambar terbaik," katanya.

Tambah Jeff, dengan adanya teknologi terkini Panasonic telah beralih dari televisyen hitam putih ke televisyen berwarna ke televisyen digital dan ke televisyen definasi tinggi.

"Dengan pengenalan kepada HD Penuh 3D dalam saiz skrin dari 50 inci sehingga 65 inci, Panasonic memberi kepuasan menonton televisyen di rumah.

"Sekarang dengan 3D, Panasonic menjadikan televisyen yang lebih realistik.

"3D terbukti mempunyai kesan yang tinggi dan kami yakin ia akan beralih ke barangan elektronik pengguna," ujarnya.

Semua televisyen plasma dan LCD Panasonic mempunyai VIERA Link iaitu satu teknologi yang menggunakan HDMI-CEC (Kawalan Elektronik Pengguna) bagi memudahkan operasi semua komponen yang sesuai.

Lebih mudah, ia boleh di akses dengan menggunakan dengan menggunakan alat kawalan jauh dan menu pada skrin.

Selain operasi televisyen LCD dan plasma, pemain video seperti (Blu-ray dan pemain DVD) serta penerima set home theater, Viera Link membolehkan operasi rangkaian kamera yang sesuai apabila memerhati kawasan dalam rumah atau bilik kanak-kanak.

Rangkaian televisyen ini terdiri daripada siri VT (3D), V, U, A, X, D dan C dalam kategori televisyen plasma mahupun LCD.

Alami keasyikan teknologi 3D

Megabait - Utusan Online
Oleh: ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Bagi peminat permainan video komputer, kini anda memiliki pelbagai pilihan teknologi sekali gus mampu memberi kepuasan maksimum ketika bermain mana-mana permainan kegemaran.

Lebih menarik, paparan permainan video yang tampak lebih realistik pasti membuatkan anda teruja dan asyik melayan.

Menyedari permintaan pengguna terhadap teknologi permainan video yang semakin meningkat kini, syarikat elektronik dan perkakasan elektrik terkemuka LG Electronics (LG) mempertaruhkan tiga produk terbarunya buat pengguna.

Malah LG turut tidak ketinggalan dalam perlumbaan teknologi daripada rakan-rakan persaingannya didalam pembikinan teknologi 3D.

LG R590 3D merupakan antara komputer riba terbaru yang diperkenalkan oleh LG memiliki teknologi 3D yang menjadikannya begitu ideal untuk peminat permainan video yang sentiasa aktif bergerak.

Selain mampu memberikan paparan 3D tanpa memberi kesan kabur pada gambar, LG R590 3D juga turut dijana oleh pemproses Intel® Core™ i7.

Ia juga didatangkan bersama chipset HM55 dan kad grafik NVIDIA® GeForce® GT335M selain memori video DDR3 seluas 1GB.

Komputer baru taruhan LG ini juga memiliki kelebihan lain seperti SRS Tru-Surround definisi tinggi (HD) yang mampu memberi pengalaman sistem bunyi sekeliling yang mengujakan kepada pengguna.

Manakala teknologi Blu-ray membolehkan pengguna menonton apa jua wayang gambar dalam kedua-dua teknologi iaitu dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D)_.

Sebagai tambahan LG turut menyediakan perisian TriDef yang boleh menukarkan wayang gambar tersebut dalam bentuk 2D kepada 3D.

LG R590 3D juga turut dilengkapi bersama cermin mata khas 3D bagi mengurangkan keletihan mata apabila menonton wayang yang mengandungi teknologi 3D.

Selain itu, produk kedua LG yang juga dibina untuk penggemar permainan video adalah monitor W63D.

Dibina khas untuk golongan tersebut ia merupakan teknologi HD sepenuhnya dengan nisbah kontra 70,000 : 1 dan pada kadar penyegaran 120Hz menjadikan gambar lebih jelas dan tajam.

Pada kadar kelajuan 172Hz sesaat, W63D mampu mengurangkan kekaburan gambar ketika aksi-aksi pantas.

Seterusnya, 3D projektor HD penuh, CF3D yang juga merupakan produk yang mampu menghantar imej HD sepenuhnya.

Melalui imej maksimum sehingga 200 inci, CF3D mampu memberikan pengalaman seakan-akan anda menonton cerita seperti di dalam panggung wayang.

JENIS-JENIS VIRUS

Pada asasnya tanpa merujuk kepada sifat-sifat teknikal secara terperinci virus terbahagi kepada tiga kategori iaitu : Virus boot, Virus fail dan Virus makro. 

Ketiga-tiga virus itu mempunyai persamaan yang boleh mendatangkan bahaya namun terdapat juga perbezaan yang penting dikalangan mereka.

VIRUS BOOT 
Virus jenis ini menjangkiti sektor boot (boot sector) di dalam disket (floppy disk) dan sama ada Master Boot Record (MBR), sektor sekatan (Partition Sector) DOS Boot Record atau sector boot DOS pada cakera keras. Satu-satunya cara virus menjangkiti sesebuah komputer ialah apabila cakera yang dijangkiti itu dibootkan. Setelah cakera yang dijangkiti digunakan untuk menbootkan komputer, bahkan jika ia melibatkan sebuah cakera yang tidak boleh dibootkan, virus itu masih lagi menjangkiti komputer. Setelah cakera itu dijangkiti virus setiap kali komputer dihidupkan virus akna aktif dan dalam kebanyakan kes berlaku jangkitan semula pada disket-disket yang diakses oleh komputer. Virus jenis boot telah menyumbang kepada majoriti jangkitan komputer virus di seluruh dunia seperti dilaporkan oleh penemuan penyelidikan yang diterbitkan oleh Virus Bulletin, Jernal Industri sehinggalah kemunculan Virus Makro pada tahun 1995.

VIRUS FAIL 
Kebanyakan virus menjangkiti fail-fail pelaksanaan (Executables) yang memiliki sumbangan seperti COM dan EXE. Virus ini hanya aktif apabila fail yang dijangkiti itu dijalankan (run). Setelah fail tersebut dijalankan dalam kebanyakan kes virus itu akan mengawal dan memulakan proses jangkitannya. Sesetengah virus yang bersifat 'Bestari' akan segera mencari fail-fail untuk dijangkiti. Ia dipanggil sebagai virus Non-TSR. Virus TSR yang merebak dengan banyak akan menempatkan diri mereka di dalam memori dan menjangkiti setiap fail yang diakses atau kadangkala berlaku secara rawak. Satu contoh terbaik bagi virus fail yang terkenal ialah Die-Hard 2(DH2). Virus Fail tidak seperti Virus Boot kerana ia dipindahkan melalui sesebuah sistem rangkain. Bahkan dalam masa beberapa jam atau minit, ia boleh merebak melalui keseluruhan rangkaian organisasi.

VIRUS MAKRO
Kemunculan virus Makro pada suku tahun 1995, telah merubah senario keseluruhan perkembangan virus. Dalam masa dua tahun, bilangan jangkitan Virus Makro telah mencapai ketahap perlu dicegah dan pada ketika ini agak mustahil untuk menganggarkan jumlah keseluruhan jangkitan. Dalam masa sekurang-kurangnya setahun yang lepas, peratus jangkitan virus masih lagi mengekalkan angka yang tertinggi di seluruh dunia. Walaupun terdapat laporan kes tentang Virus Makro yang menjangkiti Amipro dan WordPerfect, tetapi 99.9% daripadanya didapati menyerang dokumen Microsoft Word dan hamparan kerja Microsoft Excel. Virus Makro tidak bergantung kepada sistem  pengoperasian (OS) seperti Virus Fail atau Virus Boot. Kebergantungan terhadao OS bermakna bahawa virus tersebut hanya boleh dijngkiti apabila ia dijalankan di bawah sistem pengoperasian tertentu seperti MS DOS,MS Windows dan sebagainya. Sebagai contoh Virus Makro adalah bergantung kepada perisian aplikasi tertentu. Virus Makro bagi aplikasi Wors boleh memperluaskan pengaruhnya di dalam DOS, Windows 3.x, Windows 95, Windows NT, atau Macintosh selagi aplikasi MS OFFICE masih dijalankan. Dengan berkongsi dokumen atau hamparan kerja daripada aplikasi MS Word dan MS Excel, Virus Makro boleh dipindahkan di seluruh rangkaian bahkan di seluruh dunia dengan penembusan melalui internet dan ia boleh merebak umpama kebakaran yang tidak terkawal.

Pengalaman mengagumkan tentang pertumbuhan dan pemodenan Republik Korea melalui pembangunan modal insan

Pada masa kini, Republik Korea merupakan sebuah negara maju dalam semua aspek. Ekonomi Republik Korea mencecah satu trillion dolar dan merupakan ekonomi yang ke-13 terbesar di dunia. KDNK per kapita menyaingi kebanyakan negara maju yang lain. Republik Korea juga maju dalam bidang teknologi dan kadar penembusan jalur lebar yang tertinggi di dunia, iaitu lebih 90%. Prestasi pelajar Republik Korea juga sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam kalangan negara yang mempunyai pencapaian tertinggi dalam penilaian pelajar di peringkat antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA).

Pencapaian ini amat menarik. Namun apa yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik Korea membangun daripada sebuah negara yang musnah akibat peperangan kepada negara kuasa besar ekonomi. Setengah abad lalu, Republik Korea yang mempunyai ramai tenaga kerja berkos murah telah menjadikan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai satu cara meningkatkan produktiviti bagi melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju. Republik Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu diwujudkan sistem pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa mengenepikan pelajar yang berprestasi rendah.

Bagi mencapai matlamat ini, Republik Korea memberi tumpuan kepada pengukuhan pendidikan di semua peringkat, dari sekolah rendah sehingga universiti dan latihan kemahiran. Inisiatif yang diambil termasuk bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah peringkat menengah sebagai pendidikan wajib, tetapi mempercepat pengukuhan pendidikan teknikal dan latihan menerusi kerjasama erat dengan chaebol dan syarikat-syarikat besar di Republik Korea seperti menubuhkan universiti korporat sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah enrolmen di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dianggarkan seramai 3.6 juta pelajar. Di samping itu, Kerajaan Republik Korea merekayasa keseluruhan sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan yang diperlukan oleh industri yang diberi keutamaan.

Sumber: RMK10 Bab 5

Pantau anak layari Internet

Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN
utusanperlis@utusan.com.my

ARAU 11 Ogos - Penggunaan Internet oleh murid-murid sekolah perlu dipantau oleh penjaga masing-masing untuk menentukan mereka benar-benar memanfaatkannya bagi kepentingan pendidikan dan bukannya perkara tidak berfaedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, pemantauan secara berjadual dan rambang mesti dilakukan kerana dibimbangi alam maya yang berstatus dunia tanpa sempadan itu tidak disalahgunakan oleh kanak-kanak tersebut.

"Murid-murid sekolah rendah dan menengah sekarang ternyata tidak sama dengan zaman saya dahulu. Mereka kini sudah ada Internet. Sudah ada satu alam maya iaitu alam yang wujud tanpa sempadan.

"Dalam bab ini, ibu bapa kenalah memantau. Dibimbangi anak-anak melayari pelbagai laman sosial sesuka hati, yang juga tanpa sempadan," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Komputer Netbook 1 Malaysia dan Pelancaran Pusat Jalur Lebar Konuniti (PJK) Felda Chuping di sini petang semalam.

Pada majlis itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengedarkan 300 netbook kepada pelajar yang kurang berkemampuan dari Felda Chuping, Felda Rimba Mas dan Felda Mata Ayer.

Pengarah SKMM Wilayah Utara, Mohd. Hussin Ali dan Naib Presiden Celcom Wilayah Utara, Saiful Bahri Abd. Ghafar hadir sama pada majlis berkenaan.

Md. Isa kemudian memuji SKMM yang melaksanakan tanggungjawabnya di tahap terbaik sambil berterima kasih kerana menjadikan Perlis negeri pertama buat SKMM mengedarkan netbook untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Menteri Besar juga turut mengingatkan masyarakat supaya belajar menggunakan Internet bagi pelbagai kepentingan, seperti untuk memasarkan produk keluaran masing-masing.

"Kita (golongan veteran) juga patut mempelajari cara menggunakan Internet. Melalui Internet kita boleh memasarkan hasil-hasil keluaran kampung seperti produk industri hiliran," jelasnya.

Liga Remaja Kreatif



Liga Remaja Kreatif merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.  Tema pada tahun 2010 adalah “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia”

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:

  1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan
  2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan
  3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan

Durasi Penyertaan  : 3-7 Minit
Tarikh Mula Penyertaan : 1 Jun 2010
Tarikh Tutup Penyertaan : 30 Ogos 2010


SYARAT PENYERTAAN

A. Maklumat Peraduan:

Pertandingan Jalur Lebar Untuk 1Malaysia adalah anjuran bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Filem Negara Malaysia.

Pertandingan ini dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 1 Ogos 2010 30 Ogos 2010.

Tema bagi produksi adalah JALUR LEBAR UNTUK 1MALAYSIA dan mestilah berbahasa Malaysia.

 B. Kelayakan Pertandingan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif ini terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia
Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia

C. Terma dan syarat pertandingan

  • Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada dua hingga empat orang pelajar.
  • Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2010 30 Ogos 2010 kepada Sekretariat Pertandingan seperti yang dinyatakan di bawah. Penyertaan yang lewat daripada tarikh tutup tidak akan diterima.
  • Penyertaan hendaklah diantara 3-7 minit.
  • Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
  • Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak. 
  • Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana festivel filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  • Penyertaan adalah percuma.
  • Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Liga Remaja Kreatif kepada pihak Sekolah.
  • Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  • Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
  • Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
  • Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  • Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  • Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.

Borang Penyertaan hendaklah disertakan dengan:

a. Sinopsis produksi
b. 2 salinan DVD produksi
c. Biodata peserta
d. Perakuan dari pihak Sekolah
e. Perakuan penyertaan adalah kerja asli

Penyertaan perlu dihantar melalui perkhidmatan pos atau kurier ke alamat berikut:

Sekretariat Liga Remaja Kreatif
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

Info lanjut: http://www.skmm.gov.my/index.php?c=public&v=art_view&art_id=639

Jalur Lebar


APAKAH JALUR LEBAR?

Lebih pantas berbanding dail terus, Jalur Lebar menawarkan laluan internet sepanjang masa yang berkelajuan tinggi dan berkemampuan tinggi. Dengan penghantaran data berkelajuan tinggi, jalur lebar membolehkan lebih banyak kandungan dihantar dan diterima. Paparan video, telefon internet, permainan, dan rangkaian perkhidmatan interaktif memerlukan pemindahan data yang besar, sesuatu yang tidak dapat dilakukan sebelum ini dengan perkhidmatan dail terus. Kini dengan jalur lebar, anda mampu meneroka dunia yang penuh dengan kemungkinan tanpa batasan.

Jalur Lebar menawarkan banyak laluan ke pelbagai pilihan kandungan pendidikan, kebudayaan dan rekreasi?. Antara kelebihan-kelebihan Jalur Lebar adalah:

Memuat Turun Media

Dengan Jalur Lebar, kita boleh menonton video, memuat turun lagu mahupun mengeratkan kembali persahabatan yang sekian lama terjalin. Kepilan emel yang besar seperti fail filem juga kini mudah dilakukan dengan Jalur Lebar.

E-Pembelajaran: Pendidikan Secara Online

Kelebihan memperolehi pendidikan menerusi internet yang begitu besar meningkatkan lagi permintaannya dewasa ini. Para penuntut tidak lagi dibebankan dengan yuran yang tinggi, keseluruhan tempoh pembelajaran dikurangkan, latihan boleh dilakukan untuk tempoh yang lebih lama, waktu pembelajaran yang lebih fleksibel dan tidak perlu untuk menjelajah ke tempat yang jauh. Pendek kata, Jalur Lebar membawa universiti terus ke keselesaaan kediaman anda.

Perubatan

Di dalam penjagaan kesihatan, Jalur Lebar membolehkan pendiagnosan, rawatan dan konsultasi dilakukan dari jauh dengan barisan doktor pakar di seluruh dunia. Mereka yang tinggal di kawasan pedalaman kini boleh mendapatkan penjagaan kesihatan dengan pantas.

Perniagaan

Jalur Lebar juga menggalakkan perkembangan ekonomi menerusi e-perdagangan. Menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik industri baru, jalur lebar turut menawarkan laluan ke pasaran serantau, kebangsaan dan seluruh dunia.

E-Kerajaan

Maklumat terkini mengenai polisi, prosedur dan rangkaian program kerajaan kini lebih mudah diperolehi menerusi E-kerajaaan dan Jalur Lebar. Malah, anda juga boleh menjelaskan pembayaran cukai mahupun menyemak status saman anda secara online.

Pengumuman Awam

Jalur Lebar juga boleh membantu melindungi masyarakat awam dengan membolehkan maklumat dan prosedur disalurkan dengan pantas. Sistem amaran awal dapat membantu masyarakat untuk bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kejadian banjir, gempa bumi atau bencana alam yang lain.

Sumber: http://www.broadband.my/bm