Paparan terbaik menggunakan firefox, google chrome atau IE v7.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Perisian Antivirus

Bantu komputer anda agar sentiasa sihat dengan bertanya diri anda sendiri soalan-soalan yang berikut:

Adakah anda memasang perisian antivirus pada komputer anda? 

Banyak pengeluar komputer yang utama menyertakan sekurang-kurangnya versi cubaan bagi pakej antivirus yang popular pada komputer baru.

Klik Start, dan kemudian klik Programs. Cari item di senarai yang mengandungi perkataan "antivirus", atau cari McAfee, Norton, ataupun Symantec, yang mana merupakan pengeluar produk antivirus yang terkenal.

Sekiranya anda tidak mempunyai perisian antivirus yang terpasang, periksa syarikat perisian antivirus yang berikut bagi tawaran istimewa terhadap produk mereka:
Computer Associates (12 bulan percuma)
McAfee Security
Symantec

Sekiranya anda telahpun mempunyai perisian antivirus yang terpasang, tetapi anda ingin memasang produk yang baru daripada syarikat lain berlainan, pastikan anda nyahpasang produk yang ada sebelum memasang produk yang baru. Jika anda membiarkan versi yang terdahulu terpasang, konflik boleh berlaku terhadap sistem anda.

Adakah perisian antivirus anda terkini?

Perisian antivirus yang ketinggalan zaman bermakna perisian antivirus yang tidak berkesan. Perisian antivirus bergantung pada kemas kini yang teratur untuk membantu melindungi daripada ancaman yang terbaharu. Jika anda tidak melanggani kemas kini ini, komputer anda mungkin rentan terhadap ancaman.

Pastikan anda mempunyai langganan yang diaktifkan untuk kemas kini yang terus menerus bagi perisian antivirus anda.

Kebanyakan perisian antivirus mengemas kini dirinya sendiri semasa anda tersambung kepada Internet. Untuk memastikan perisian anda adalah terkini, buka atur cara antivirus anda daripada menu Start atau kawasan pemberitahuan bar tugas dan cari status kemas kini. Jika anda masih tidak pasti sama ada perisian antivirus anda adalah terkini, hubungi pembekal perisian antivirus anda.

Adakah perisian antivirus anda disediakan dengan betul untuk memberikan kemungkinan perlindungan yang terbaik?

Pengesetan yang berikut hendaklah dihidupkan secara default semasa anda memasang perisian. Jika anda mematikannya atas apa-apa sebab, pastikan anda menghidupkannya semula sebelum anda menyambung kepada Internet.

Pengimbasan "semasa akses" atau "masa nyata" hendaklah dihidupkan. Suatu ikon dalam kawasan pemberitahuan anda sepatutnya muncul untuk menunjukkan bahawa pengesetan ini telah terpasang.

Perisian antivirus sepatutnya melaksanakan imbasan berjadual terhadap cakera keras anda.

Perisian antivirus sepatutnya dikonfigurasi untuk mengimbas mesej e-mel.

Sumber: http://www.microsoft.com/singapore/protect/malay/winXP/

0 Response to "Perisian Antivirus"

Post a Comment