Paparan terbaik menggunakan firefox, google chrome atau IE v7.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Penduduk luar bandar dilatih guna ICT

Utusan Online
12/07/2010 2:24pm

MELAKA 12 Julai - Kerajaan akan memastikan pembangunan infrasruktur untuk kemudahan jalur lebar di kawasan luar bandar dan pedalaman berkembang seiring dengan modal insan yang menjadi pengajar kepada penduduk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, langkah itu penting dalam memastikan penduduk dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan jalur lebar itu.

Pusat Internet Desa dan Pusat Jalur Lebar Komuniti, adalah antara kemudahan yang disediakan kerajaan untuk penduduk luar bandar belajar mengakses kemudahan ICT seperti menyediakan laman web dan melayari internet, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Komunikasi Jalur Lebar 2010 di sini, hari ini.

Salang berkata, masih banyak kawasan luar bandar dan pedalaman belum disediakan dengan kemudahan jalur lebar berbanding kawasan bandar yang pencapaiannya baik termasuk jalur lebar berkelajuan tinggi. - Bernama

0 Response to "Penduduk luar bandar dilatih guna ICT"

Post a Comment