Paparan terbaik menggunakan firefox, google chrome atau IE v7.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Curahkan Kreativiti di MyIdeas@Schools


Laman web MyIdeas@School - http://www.myideas.my/school-home.php bertujuan untuk menggalakkan dan menghimpun idea-idea daripada setiap pelajar dan memanfaatkan idea-idea tersebut menjadi amalan terbaik dengan objektif untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

MyIdeas@School diharap akan menjadi platform menghimpunkan idea-idea inovatif dan kreatif murid-murid supaya dapat diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Idea yang terbaik akan direalisasikan menjadi kenyataan.

Setiap pelajar bebas mencetuskan idea masing-masing untuk dikongsi bersama rakan secara atas talian. Mereka kemudian saling memberi maklum balas, komen dan cadangan yang membina.

Program MyIdeas@Schools yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan (SK) Lenga, Pagoh, Johor pada 23 Februari yang lalu mempunyai objektif yang mudah direalisasikan kerana infrastruktur ICT dan aplikasi yang lengkap di sekolah. Tambahan pula, melalui program sekolah bestari atau pembestarian sekolah, warga pendidik termasuk pelajar bukan sahaja celik tetapi sudah pintar ICT.

Semua itu hasil daripada usaha selama lebih sedekad menerap unsur-unsur kreatif dan inovasi melalui intervensi ICT dalam persekitaran sekolah. Kini sekolah lebih berinovasi dan berdaya maju bagi membina kesejahteraan di samping menggilap potensi guru serta pelajar.

Apa tunggu lagi! Segera curahkan idea anda di
http://www.myideas.my/school-home.php

0 Response to "Curahkan Kreativiti di MyIdeas@Schools"

Post a Comment