Paparan terbaik menggunakan firefox, google chrome atau IE v7.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Lindungi Jejak Anda di Internet

Terdapat pelbagai cara untuk menetapkan ciri keselamatan ketika menggunakan internet seperti mengenkrip e-mel, menutup perkongsian fail dan memasang firewall. Kesemua ini boleh mengagalkan sebarang percubaan untuk menyeludup masuk ke maklumat peribadi anda menerusi internet. Biasanya penceroboh melakukannya untuk cuba mendapatkan capaian lain kepada komputer yang dirangkaikan kepada anda. Anda boleh membuang sebarang pelayaran web anda bagi menyusahkan orang lain mengetahui di mana anda pernah pergi dalam internet.

Anda boleh sembunyikan PC anda dan anda juga tidak mahu orang lain mengetahui kepada anda pernah berlayar dalam internet. Sebabnya ialah untuk mengelakkan rahsia anda terbongkar contohnya rancangan percutian bersama keluarga. Atau anda juga sedang menyimpan maklumat penting syarikat yang ditugaskan kepada anda.

Jangan senarai diri anda

Setelah anda melayari internet anda dan jika anda akan meninggalkan PC anda buat sementara pastikan yang anda telah memutuskan pelayar web anda dengan sejarah pelayaran anda tadi. Senarai History IE adalah senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Ia merupakan satu kaedah mudah untuk mendapatkan semula laman web yang pernah anda lawati tanpa menggunakan Favorites. Anda boleh mendapatkan laman-laman yang anda lawati sebelum ini menerusi Address Bar dan History akan menyenaraikan URL yang pernah anda lawati.

Fail History merupakan sebuah senjata serampang dua mata. Klik Tools, Internet Options, dan Clear History untuk membuangkan segala senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Cara ini juga akan membuang senarai URL pada Address Bar. Anda boleh menukar jumlah hari atau jangkamasa URL boleh disimpan dalam History. Kurangkan jumlah hari untuk memendekkan jangka hayat URL dan tingkatkan jumlah hari untuk memanjangkan jangka hayat URL.

Jika anda mahu membaca fail History, klik Start, Find dan Files Or Folders. Taipkan History dalam medan Named. Dalam Look In, klik Local Hard Drives. Klik Find Now. Anda akan dapat mencari fail History file dalam C:WINDOWSHISTORY. Membuang bahagian tertentu dalam folder ini idak akan membuangkan sebarang maklumat yang terdapat pada Address Bar.

Satu lagi cara yang baik ialah untuk membuangkan cache IE atau fail Temporary Internet. IE dan pelayar web lain akan menyimpan salinan laman, foto dan grafik dalam folder berikut C:WINDOWSTEMPORARY INTERNET FILES semasa anda layari web. Jika anda tidak ia akan menyalin semua kandungan laman-laman web yang pernah anda kunjungi atau setiap kali anda kunjungi. Pada Internet Options General tab, klik Delete Files dan OK.

Bersihkan jejak anda

Kebanyakan laman web meletakkan fail kecil yang dinamakan cookies ke dalam PC anda. Cookies biasanya membantu laman web untuk mengingati anda dan sebarang spesifikasi peribadi anda semasa anda melayari laman web tertentu. Sesiapa sahaja boleh mencari sebarang maklumat atau sejarah pelayaran web anda jika mereka pergi ke C:WINDOWSCOOKIES atau C:WINDOWSTEMPORARY INTERNET FILES.

Anda boleh membuang sebarang cookies daripada folder anda satu-persatu. Cara yang mudah adalah untuk menutup ruang untuk cookies semasa anda melayari web. Pada Internet Options, pilih Security dan Custom Level, pergi ke Cookies dan klik Disable pada semua yang berkaitan dengan cookies.

Sumber: www.lelangau.com / www.familiazam.com

Sejarah Komputer

Sejarah komputer bermula pada awal tahun 1940-an. Pada tahun tersebut terciptalah sebuah komputer elektronik pertama di dunia,  dikenali denga nama ABC (Atanasoft and Berry Computer).

Komputer yang menempuh pencapaian yang membuka jendela komputer moden pada hari ini dicipta oleh Atansoft bersama rakannya Benny.

Ciptaan kedua-dua sahabat ini mengira dengan menggunakan tiub hampagas.

Pada dekad yang sama, seorang lagi saintis bernama Eckert dan Mounchly berjaya mencipta komputer yang dikenali dengan nama ENIAC (Electronic Numerator, Integrator, Analyser and Computer).

Malangnya tujuan utama komputer dicipta ketika itu bagi tujuan peperangan.

Saingan mencipta komputer semakin rancak apabila pada tahun 1949 terciptanya sebuah lagi komputer. Ia dikenali dengan nama EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Computer) di Universiti Cambridge.

Berbeza dengan tujuan komputer ENIAC dicipta, komputer ini digunakan sebagai alatan am yang beroperasi di bawah kawalan aturcara tersimpan.

Aturcara tersimpan merupakan satu set suruhan tersimpan secara dalaman yang memandu komputer dan ia melalui langkah-langkah tertentu serta tersusun.

Selepas itu pelbagai jenis komputer dicipta dan perlumbaan   mencipta komputer yang lebih canggih semakin hebat. Pelbagai jenis komputer, jenama dan kegunaan dihasilkan hinggalah ke hari ini.

 
        Generasi I                                               Generasi II

   
         Generasi III                                          Generasi IV                      
          
       Generasi V


Sumber: in4ict.com & google

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2010

Sambutan Hari Koperasi SMKSB 2010 telah dirasmikan pagi tadi (28.06.2010) di Tapak Perhimpunan SMKSB oleh Pengetua, Puan Hjh Faridah Bte Dol.

Terdahulu, perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia, YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Yang Mulia YDP Angkasa telah dibacakan.

Sempena majlis tersebut Pengetua, GPK HEM dan GPK Ko-ku telah menanam pokok bunga serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang kuiz koperasi.

Objektif hari koperasi adalah:-
  • Melatih pelajar berniaga
  • Memupuk semangat kerjasama di kalangan anggota
  • Menerapkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip koperasi
Semoga aktiviti seperti ini akan menjadi perangsang kepada para pelajar yang berminat dalam bidang kerjaya keusahawanan.

Internet dan Pendidikan

Pengetahuan Internet dalam pendidikan bukan lagi merupakan perkara yang asing dalam zaman teknologi naklumat dan komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran kini boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja tanpa mengambil kira jenis komputer, tempat dan geografinya. Pengenalan pembelajaran elektronik (e-pembelajaran), pendidikan jarak jauh, pembelajaran-m (mobile learning), dan pendidikan dalam talian pada peringkat asas juga merujuk kepada penggunaan Internet dalam pendidikan.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran:

Pertama
Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.

Kedua
Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

Ketiga
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

Keempat
Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):
* Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.
* Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
* Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
* Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:
* Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
* Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
* Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.
* Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996):
* Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia
* Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer
* Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan
* Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi


Sumber:
-Buku Internet dalam Pendidikan (978-983-312-6);
- http://www.angelfire.com/bug/rangkaian0/kelebihan_internet.htm

Info Jalur Lebar

Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak memuat turun bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Dalam hal data eletronik pula, kesan yang sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.

Faedah Penggunaan Jalur Lebar
  • Kelajuan capaian Internet yang tinggi membolehkan akses lancar kepada aplikasi digital (persidangan video, tele-kesihatan, VoD, Geospatial, e-pembelajaran, dll)
  • Meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan e-Kerajaan yang lebih pantas dengan kebolehpercayaan yang tinggi
  • Menggalakkan aktiviti e-dagang
  • Infrastruktur setara dengan piawaian antarabangsa menarik lebih banyak pelaburan asing

Curahkan Kreativiti di MyIdeas@Schools


Laman web MyIdeas@School - http://www.myideas.my/school-home.php bertujuan untuk menggalakkan dan menghimpun idea-idea daripada setiap pelajar dan memanfaatkan idea-idea tersebut menjadi amalan terbaik dengan objektif untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

MyIdeas@School diharap akan menjadi platform menghimpunkan idea-idea inovatif dan kreatif murid-murid supaya dapat diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Idea yang terbaik akan direalisasikan menjadi kenyataan.

Setiap pelajar bebas mencetuskan idea masing-masing untuk dikongsi bersama rakan secara atas talian. Mereka kemudian saling memberi maklum balas, komen dan cadangan yang membina.

Program MyIdeas@Schools yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan (SK) Lenga, Pagoh, Johor pada 23 Februari yang lalu mempunyai objektif yang mudah direalisasikan kerana infrastruktur ICT dan aplikasi yang lengkap di sekolah. Tambahan pula, melalui program sekolah bestari atau pembestarian sekolah, warga pendidik termasuk pelajar bukan sahaja celik tetapi sudah pintar ICT.

Semua itu hasil daripada usaha selama lebih sedekad menerap unsur-unsur kreatif dan inovasi melalui intervensi ICT dalam persekitaran sekolah. Kini sekolah lebih berinovasi dan berdaya maju bagi membina kesejahteraan di samping menggilap potensi guru serta pelajar.

Apa tunggu lagi! Segera curahkan idea anda di
http://www.myideas.my/school-home.php

TATACARA PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK

Mel elektronik atau e-mel adalah merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej elektronik. Aplikasi e-mel ini digunakan secara meluas dan membenarkan komunikasi lebih daripada dua hala dengan cara yang pantas dan lebih sesuai untuk penulisan yang ringkas.

Pengguna adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan e-mel seperti:

(a) menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi akaun kepada orang lain;

(b) menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumat yang sah;

(c) menggunakan e-mel untuk tujuan komersial atau politik;

(d) menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah;

(e) menghantar dan melibatkan diri dalam e-mel yang berunsur hasutan, e-mel sampah, e-mel bom, e-mel spam, fitnah, ciplak atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undang-undang Kerajaan Malaysia;

(f) menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan trap door yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain;

(g) menghantar semula e-mel yang gagal sampai ke destinasi sebelum menyiasat punca kejadian; dan

(h) membenarkan pihak ketiga untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal bagi pihaknya.

Sumber: Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1 Tahun 2003

Pembangunan kandungan kreatif digital diperluas

Sumber: Utusan Online - 07 Jun 2010

MUAR 6 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mahu pembangunan kandungan kreatif digital diperluaskan di seluruh negara bagi meningkatkan penjanaan pendapatan yang tinggi kepada rakyat dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini kerana pasaran dan permintaan dari dalam dan luar negara terhadap kandungan kreatif dan inovatif digital kian meningkat serta berpotensi besar membantu negara mencapai objektif Model Baru Ekonomi (MBE).

Katanya, setakat ini industri berkenaan berjaya menyumbang 1.6 peratus kepada KDNK negara melalui rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi.

"Secara purata industri kandungan kreatif digital di negara maju menyumbang antara satu dan lima peratus kepada KDNK, ini bermakna masih terdapat ruang besar untuk kita memperkembangkan industri ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Digital Pagoh-Muar 1Malaysia di Dewan Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli.

Muhyiddin berkata, kandungan kreatif adalah bahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bentuk suara, video, animasi dan data yang dapat disalurkan melalui rangkaian jalur lebar kepada pengguna ICT di seluruh dunia.

Jelas beliau, pembangunan kandungan kreatif digital itu membuka peluang luas untuk syarikat-syarikat tempatan terlibat secara serius, manakala rakyat pula mendapat manfaat besar menerusi penggunaan kemudahan jalur lebar secara optimum.

"Suka saya menyarankan supaya tumpuan awal kepada generasi muda, terutamanya pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk berkecimpung dalam bidang pembangunan kreatif dan pembangunan aplikasi inovatif," katanya yang juga Menteri Pelajaran.

Muhyiddin menambah, rakyat tiada pilihan melainkan menyedari kepentingan dan memahami pembangunan jalur lebar termasuk kandungan kreatif itu kerana ia menjadi sebahagian daripada pembangunan struktur sosio-ekonomi masyarakat.

Katanya, ia membolehkan rakyat menyelesaikan pelbagai urusan dengan segera dengan kos yang murah selain mewujudkan jaringan bisnes yang menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih berkesan.

Justeru, beliau berkata, semua pihak diminta bekerja keras bersama kerajaan bagi memastikan matlamat penembusan jalur lebar di isi rumah seluruh negara berjaya mencapai tahap 50 peratus pada akhir tahun ini berbanding statistik terkini sebanyak 36.1 peratus.

"Mengikut laporan kajian ke atas negara-negara ASEAN, adalah didapati bagi setiap peningkatan 10 peratus penembusan jalur lebar, ia boleh menyumbang kepada satu peratus KDNK.

"Oleh itu, adalah penting kita menyedari betapa besarnya impak jalur lebar ke atas pertumbuhan ekonomi negara dan kita juga harus mengambil segala langkah bagi memperluaskan penggunaan serta mempertingkatkan kualiti penyampaian," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Jalur Lebar.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pelaksanaan projek daerah digital yang dijalankan di Pagoh hari ini dan sebelum ini di Pekan, Pahang akan diperluaskan di beberapa daerah lain termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Melalui projek Digital Pagoh, saya berharap kita dapat memperkukuhkan dan menjayakan inisiatif yang dicadangkan untuk menubuhkan hab pendidikan di kawasan Pagoh selaras dengan pendekatan 'Satu Daerah, Satu Industri," katanya.

Tips Penjagaan Laptop

Penjagaan laptop agak berbeza bebanding dengan komputer biasa (PC) walaupun kebanyakan teknik penjagaan boleh diaplikasikan kepada kedua-duanya Ini adalah kerana penggunaan laptop yang lebih versatil dan boleh dibawa ke mana-mana, menyebabkan ianya terdedah kepada risiko yang lebih tinggi. Di samping itu laptop mempunyai komponen yang diintegrasi menyebabkan kerja-kerja memperbaiki adalah lebih sukar dan menelan belanja yang lebih berbanding dengan komputer biasa (PC) yang mempunyai komponen yang berasingan dan mudah diceraikan.

Berikut adalah beberapa tip untuk penjagaan komputer laptop:

1. Memilih beg laptop yang sesuai
Ciri-ciri beg laptop yang sesuai:
- Tahan lama
- Mempunyai alas (padding) mencukupi bagi menyerap hentakan
- Tidak terlalu longgar (hingga laptop mudah bergerak)
- Tidak terlalu ketat (hingga boleh merosakkan bahagian laptop)
- Sesuai untuk semua pengguna terutamanya untuk dibawa dalam perjalanan


2. Penjagaan umum
Antara penjagaan umum yang perlu:

a) Jangan campak atau letakkan dengan kasar bagi melindungi bahagian-bahagian dalaman yang sensitif. Hentakan pada laptop anda boleh menyebabkan kerosakan yang serius kepada komponen dalaman termasuk hard disk

b) Jangan penuhkan beg laptop sehingga sendat dengan pelbagai perkakasan yang lain

c) Jangan tindih laptop (sama ada yang terbuka atau yang ditutup) dengan apa-apa sekalipun terutamanya benda berat yang boleh merosakkan bahagian sensitif laptop

d) Gunakan laptop di atas permukaan yang rata dan keras. Elakkan daripada meletak di atas katil atau permukaan yang lembut dan tidak sekata termasuk di atas riba anda untuk jangkamasa yang lama (walaupun laptop itu bermaksud di atas ribaan anda :-) )

e) Jauhkan laptop anda dari sumber magnetik yang tinggi kerana ia boleh merosakkan komponen dan data di dalam hard disk anda


3. Penjagaan skrin

a) Lindungi skrin daripada benda tajam, termasuk menunjukkan dengan benda-benda yang boleh merosakkannya termasuk pen dan pensil. Jika perlu, gunakan pointer mouse untuk menunjuk kepada bahagian tertentu pada skrin. Berbeza daripada monitor PC (yang diperbuat daripada kaca), skrin laptop diperbuat daripada bahan berupa gel yang sensitif.

b) Gunakan fungsi "screen saver" dan "power management" supaya skrin anda boleh berehat ketika tidak digunakan. Fungsi ini berkesan sekiranya anda menggunakan fungsi "screen saver" yang menggelapkan (hitam) skrin, bukan dengan pelbagai gambar yang menggunakan piksel skrin monitor laptop anda.

c) Di samping boleh merosakkan skrin, pen dan pensil juga boleh meninggalkan kesan comot pada skrin. Begitu juga dengan jari anda. Bagi mengelakkan peninggalan kesan yang sukar ditanggalkan gunakan pointer mouse untuk menunjuk sesuatu di atas skrin

d) Gunakan kain atau cecair pembersih yang tidak merosakkan skrin dan laptop anda. Elakkan mengguna kain lembab kerana air yang termasuk ke dalam laptop anda mungkin boleh membawa mudharat.

e) Jangan tutup bahagian atas laptop (skrin) semasa sedang beroperasi. Haba pada laptop boleh merosakkan skrin anda.


4. Penjagaan papan kekunci (keyboard).

a) Lindungi laptop anda daripada habuk dengan mengelakkan ianya terbuka (walaupun dengan suis tertutup) dengan jangkamasa yang lama tanpa digunakan. Ini kerana habuk boleh memasuki ke dalam bahagian dalam melalui keyboard.

b) Jangan terlalu kasar ketika menekan butang atau ketika mengelapnya dengan kain

c) Adalah bagus untuk menyediakan keyboard dan tetikus berasingan bagi mengelakkan penggunaan keyboard dan touchpad secara lebih kerap dan intensif (sesuai jika anda bukan di dalam perjalanan, contohnya ketika berada di rumah).


5. Memindahkan laptop

a) Jangan angkat laptop dengan memegang bahagian skrin, sebaliknya angkat pada bahagian kiri dan kanan dasar dengan mengekalkan kedudukannya

b) Jangan tutup bahagian atas laptop dan membawa secara menegak (seperti di dalam beg laptop) semasa ia sedang beroperasi, kerana ini boleh merosakkan hard disk yang sedang berpusing dan sensitif.

c) Cara terbaik adalah menutup secara "shut down" agar hard disk boleh berada dalam kedudukan yang selamat (parked) sebelum memindah laptop anda

d) Pastikan semua komponen yang disambung telah dicabut dengan cermat, kerana bahagian yang bersambung mungkin boleh rosak atau merosakkan laptop anda semasa pemindahan

6. Penggunaan laptop

a) Jangan biar laptop anda beroperasi telalu lama (lebih daripada satu hari) tanpa rehat. Berikan masa untuk ia berehat dengan "shut down" secara sempurna bagi mengelakkan haba yang berlebihan (overheating) sebelum menggunakannya semula.

b) Jangan tutup bahagian skrin dan jangan simpan di dalam beg laptop semasa laptop sedang beroperasi (walaupan di dalam mod "sleep" ) kerana hanya dengan "shut down" yang sempurna tiada haba yang terhasil dalam laptop anda

c) Jangan biar laptop anda terdedah tanpa pengawasan kerana anda boleh menjadi mangsa kecurian atau pencurian data sulit di dalam laptop anda. Simpan rekod berkenaan laptop anda seperti nombor siri dan model untuk menghadapi kes kecurian laptop anda.


7. Perlindungan daripada air atau wap

a) Elakkan menggunakan laptop berhampiran dengan air termasuk air minuman sejuk atau panas, atau di tempat berisiko terkena hujan (termasuk sebelah tingkap)

b) Elakkan menyimpan laptop anda di tempat yang lembab yang memudahkan jangkitan kulat atau karat dan kerosakan kepada komponen dalaman dan luaran laptop anda

c) Elakkan daripada menggunakan laptop semasa sedang makan atau minum.

Namun begitu jika berlaku tumpahan air ke atas laptop anda ambil langkah berikut
- tutup komputer anda dengan menekan butang "power" dengan segera

- tonggengkan laptop anda untuk membuang saki-baki air yang masih ada

- lapkan saki-baki cecair yang masih ada

- anda boleh gunakan pengering rambut, tetapi pastikan pada jarak dan suhu yang selamat agar tidak merosakkan permukaan dan komponen dalaman laptop anda

- tanggalkan komponen yang bersambung kepada laptop anda termasuk, USB drive, adaptor dan bateri dan lap jika terdapat air

- sebaik-baiknya jangan "on"kan suis laptop anda sebelum mendapat khidmat penyelenggara laptop anda bagi memastikan tiada kerosakan serius, kecuali jika anda telah benar-benar pasti air telah kering dan laptop selamat digunakan (sebaik-baiknya 24 jam selepas kejadian).

- hubungi penyelenggara komputer anda untuk mendapatkan nasihat dan dapatkan pemeriksaan rapi untuk laptop anda bagi memastikan tiada sebarang kerosakan serius atau untuk membaik-pulih sebarang kerosakan



8. Perlindungan daripada panas cahaya matahari

Jangan biarkan laptop anda terbiar di bawah cahaya matahari yang terik ataupun di dalam kereta anda.


9. Tip semasa perjalanan

a) Sekiranya anda menaiki kapal terbang, ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian:

- bawa laptop and ke tempat duduk, jangan letakkan bersama bagasi anda yang lain.

- Jangan bawa laptop anda menerusi alat pengimbas "human metal detector" kerana tahap Xray yang tinggi boleh merosakkan hard disk anda berbanding dengan alat pengimbas bagasi.


b) Sebelum perjalanan, back-up data anda di tempat lain selain daripada laptop anda bagi mengelakkan risiko kehilangan data akibat kerosakan hard disk anda, malah persiapan sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian ke atas laptop anda.

c) jangan gunakan laptop semasa berlaku gegaran kuat, contohnya semasa perjalanan di atas jalan yang kasar dan tidak sekata atau berbongol-bonggol. Ini bagi mengelakkan risiko hard disk rosak akibat gegaran yang berlebihan.

d) Sekiranya anda pergi ke luar negara, periksa voltan negara tersebut bagi mengelakkan spesifikasi yang tidak sesuai dan merosakkan laptop anda (dan barangan elektrik anda yang lain)

e) Sekiranya anda menginap di hotel dan ingin menggunakan modem, pastikan talian telefon itu menggunakan talian analog dengan voltan yang rendah. Talian digital dengan voltan yang tinggi boleh merosakkan motherboard dan modem anda.


10. Penjagaan bateri

Seperti bateri telefon bimbit atau PDA anda, bateri laptop mempunyai jangka-hayat yang rendah tanpa penjagaan yang rapi.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk jangka hayat bateri laptop yang lama:
a) jangan caj bateri laptop anda melebihi had. Sebaik-baiknya tutup suis elektrik apabila bateri laptop telah dicajkan sepenuhnya (100%)

b) penjagaan paling baik adalah dengan menggunakan elektrik apabila bateri telah dicajkan sepenuhnya, tetapi ini agak rumit kerana anda terpaksa menanggalkan bateri anda, atau ada sesetengah laptop yang tidak boleh beroperasi jika bateri ditanggalkan. Gunakan bateri hanya bila tidak sumber elektrik atau bila suis elektrik telah ditutup.

c) ambil langkah mengurangkan penggunaan bateri (apabila laptop anda beroperasi dengan bateri sepenuhnya tanpa sumber elektrik) dengan mengambil langkah-langkah berikut
- kurangkan pengcahayaan pada skrin dengan mengurangkan "brightness"
- elakkan menggunakan bunyi speaker yang kuat
- kurangkan penggunaan CD atau DVD drive
- hentikan (disable) fungsi wireless, Bluetooth dan infrared sekiranya tidak digunakan
- hentikan fungsi "screensaver", sebaliknya gunakan fungsi untuk menggelapkan skrin setelah beberapa tempoh yang ditetapkan

d) sekiranya anda ada bajet yang lebih, dapatkan bateri laptop tambahan dan cajkan terlebih dahulu, bagi mengelakkan kehabisan bateri apabila sumber elektrik tiada.

11. Waranti
Sekiranya laptop anda masih di dalam waranti, elakkan daripada membuat sebarang tindakan termasuk membuka skru laptop anda untuk melihat bahagian dalaman laptop anda. Sebaik-baiknya terus hubungi penyelenggara yang ditetapkan untuk melihat atau memeriksa sebarang kerosakan.


12. Penyelenggaraan
Sebagaimana kenderaan atau tubuh badan anda memerlukan pemeriksaan selepas jangkamasa tertentu, adalah bijak untuk menghantar laptop anda untuk diperiksa oleh penyelenggara komputer yang pakar tentang laptop anda untuk diperiksa dan dibersihkan komponen bahagian dalamannya termasuk untuk memeriksa segala proses berjalan dengan lancar.


Tip-tip ini berguna sekiranya anda ingin mendapatkan jangka hayat dan prestasi yang berpanjangan untuk komputer anda. Sekiranya anda menukar laptop anda setiap 2 atau 3 tahun sekali (untuk mendapatkan model yang terbaru), tip-tip ini mungkin boleh menaikkan nilai laptop anda semasa anda menukar-beli atau menjualnya sebagai laptop terpakai.

Sumber: Kenneyjacob.com dan Chris.Pirillo.com

Tips Penjagaan Komputer

Sesebuah komputer hendaklah dijaga dengan rapi pada perkakasan (Hardware) dan perisian (Software) bagi memastikan ianya sentiasa berada di dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja diperlukan. Untuk tujuan ini pemeriksaan hendaklah dibuat selalu sekurang-kurangnya 1 tahun sekali (servis).

Tujuan pemeriksaan ialah untuk;
(1) Untuk memanjangkan jangka hayat komputer.
(2) Memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik.
(3) Memastikan hard disk komputer anda tidak dimasuki VIRUS.

Tip Penjagaan Komputer
  • Jangan sesekali matikan komputer dengan menutup plug eletrik. Pastikan ditutup dahulu kecuali terpaksa (ketika tergantung dan tidak boleh ditutup).
  • Jangan sesekali matikan komputer ketika sedang boot (mula-mula untuk masuk windows) ataupun reset.
  • Jika anda menggunakan tetikus bebola, anda boleh mencuci bahagian palang dan roda dalaman. Keluarkan bola itu mengikut anak panah dan cucikan habuk-habuk yang melekat pada palang dan roda di dalam dan di atas bola tikus.
  • Sesekali buka bingkai komputer dan buangkan habuk terutama pada kipas membekal kuasa dan kipas CPU. Habuk yang banyak boleh mengurangkan pengaliran udara menyebabkan kepanasan.
  • Beli pencuci CD dan disket dan cucilah bahagian drive kerana ia boleh memanjangkan hayat drive anda.
Penjagaan Hard Disk
Penjagaan dan pemeriksaan Hard Disk komputer memerlukan sedikit kemahiran dan ketelitian kerana ianya melibatkan penggunaan perisian yang lain dan perlu dibuat secara berhati-hati agar tidak merosakkan sistem Hard Disk. Namun begitu di bawah disenaraikan asas-asas penjagaan Hard Disk komputer:-

(1) Sentiasa aktifkan perisian Antivirus computer.
(2) Buat BACKUP pada fail yang difikirkan penting.
(3) Laksanakan arahan Defragmentasi setiap sebulan sekali.
(4) Sekiranya terdapat Bad Sector sila rujuk Juruteknik Komputer.
(5) Lakukan Disk Cleanup untuk Hard Disk setiap sebulan sekali.

PERHATIAN
Anda dinasihatkan menggunakan Stabilizer untuk menstabilkan aliran elektrik yang masuk ke dalam sistem komputer anda supaya tiada gangguan yang mungkin merosakkan Hard Disk. Di dalam Hard Disk juga akan sentiasa dipenuhi dengan fail-fail TMP (Fail sementara) dan fail BAK (fail backup) kerana fail-fail ini sentiasa dibuat oleh sistem komputer. Untuk mengelakkan dari terjadinya kesempitan ruang pada muatan Hard Disk, cari dan bersihkan hard disk komputer anda dari fail-fail tersebut dan guna perintah DELETE untuk membuangnya ataupun mengunakan perintah Defragmentasi bagi membersihkanya. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan berhubung dengan Juruteknik Komputer yang mahir.

sumber: Caw TM, FRIM

ETIKA KOMPUTER

Etika komputer adalah seperangkat asas atau nilai yang berkenaan dengan penggunaan komputer. Etika komputer berasal dari 2 suku kata yaitu etika (bahasa Yunani: ethos) adalah adat istiadat atau kebiasaan yang baik dalam individu, kelompok maupun masyarakat dan komputer (bahasa Inggris: to compute) merupakan alat yang digunakan untuk menghitung dan mengolah data. Jumlah interaksi manusia dengan komputer yang terus meningkat dari waktu ke waktu membuat etika komputer menjadi suatu peraturan dasar yang harus dipahami oleh masyarakat luas.

10 Rukun Etika Komputer oleh Computer Ethics Institute
panduan kepada pengguna dan profesional komputer adalah seperti berikut:

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.

2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.

3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.

4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.

5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah

7. Tidak menggunakan sumber dari computer orang lain tanpa kebenaran.

8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.

9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.


Isu Etika Komputer dan Orang Awam

Pembabitan orang awam dalam isu-isu etika computer lazimnya timbul apabila individu bertindak sebagai pengguna akhir.

Persoalannya mengapakah orang awam sukar memahami isu-isu etika komputer ini?
Jawapannya:-
* Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran
* Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam dalam komputer berbanding mereka yang memang dalam bidang pengkomputeran
* Kurang arif mengenai undang-undang siber
* Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila berlaku isu-isu berkaitan etika komputer.
* Kurangnya pendedahan dalam pengaruh, kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer.

1.2 juta komputer riba diagih percuma

Sumber: Utusan Online - www.utusan.com.my
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my

JELEBU 28 Mei - Kerajaan akan mengagihkan sebanyak 1.2 juta komputer riba secara percuma kepada rakyat berpendapatan rendah dan juga pelajar sekiranya mereka melanggani pakej perkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang bertujuan meluaskan penembusan akses jalur lebar kepada umum.

''Inisiatif pengagihan komputer berkenaan akan dijalankan secara berfasa iaitu bagi fasa pertama sebanyak 200,000 unit bakal diagihkan dan disasarkan selesai pada hujung tahun ini.

''Bagi fasa kedua pula, sebanyak 1 juta unit komputer berkenaan akan diagihkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya pada sidang akhbar majlis Pelancaran Pakej Jalur Lebar dan NetBook Kos Rendah Terkini Untuk Isi Rumah Berpendapatan Rendah anjuran TM di sini hari ini.

Katanya, antara syarat dan golongan yang layak untuk mendapat pakej itu adalah mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Jelasnya, setiap individu yang layak diwajibkan melanggan perkhidmatan jalur lebar dengan TM secara kontrak selama 24 bulan bagi memiliki komputer riba berkenaan.

''Sekiranya permohonan memiliki komputer itu berjaya, mereka diwajibkan membayar yuran langganan sebanyak RM38 sebulan selama dua tahun kepada TM.

''Lebih menarik, bagi pelajar sekolah, mereka hanya dikenakan yuran langganan sebanyak RM20 berbanding pakej yang ditawarkan kepada isi rumah iaitu sebanyak RM38." katanya.

Dalam pada itu, Rais berkata, bagi memastikan kelancaran pengunaan pakej jalur lebar itu, TM sedang giat memasang Pusat Akses (AP) bagi meningkatkan isyarat penerimaan jalur lebar.

''Dengan wujudnya AP ini orang ramai boleh mengakses Wifi iaitu akses Internet tanpa wayar dengan radius sejauh dua kilometer dari pusat AP," jelasnya.

Rais juga mencadangkan pakej berkenaan diberikan kepada semua pengamal media di seluruh negara sebagai langkah menghargai peranan media dalam menjalankan tugas mereka.

''Saya akan berbincang dengan SKMM untuk memberi komputer riba ini kepada semua pelapor media yang merupakan warganegara ini. Perkara ini akan dibincang dalam tempoh terdekat," ujarnya.