SchoolNet ialah pendekatan baru dalam sistem pembelajaran di sekolah dalam abad ke 21 ini. Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa. Ia melibatkan penyediaan akses Internet untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
Pelaksanaan SchoolNet telah diilhamkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan GITN Sdn. Berhad (GSB). GSB menandatangani perjanjian dengan KTAK pada 25 Februari 2004.
SchoolNet memoden dan mempertingkatkan keberkesanan sistem pendidikan negara ini. Pelaksanaannya mencerminkan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan tenaga kerja berilmu demi kemajuan negara pada masa hadapan.
Kegunaan SchoolNet
SchoolNet membentuk suasana pembelajaran interaktif yang pasti menyeronokkan untuk para pelajar dan juga guru. Antara aplikasi-aplikasi yang digunapakai melalui SchoolNet ialah:
Aplikasi Komunikasi e-mel
Aplikasi capaian jauh – telnet
Aplikasi pemindahan fail – ftp
Aplikasi penyebaran maklumat – www
Aplikasi pencarian maklumat
SchoolNet menggunakan tiga teknologi komunikasi termaju:
Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL)
Teknologi Wayarles
Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT)
Untuk pengetahuan adik-adik, sekolah kita menggunakan teknologi ADSL.
Manfaat SchoolNet
Pengalaman belajar menjadi bertambah menarik dengan adanya SchoolNet. Rangkaian Internet jalur lebar SchoolNet membolehkan pelajar:
- menimba ilmu dari seluruh dunia
- menggunakan komputer untuk mendapatkan maklumat dari sumber di dalam mahupun luar negara
- mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif
- membolehkan para pelajar berkenalan dengan kawan-kawan baru menerusi e-mel dan bertukar-tukar maklumat
- para guru berpeluang mencuba pelbagai kaedah mengajar yang baru
- prasarana SchoolNet adalah untuk semua pelajar di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara
Post a Comment