Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah:
- Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.
- Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.
- Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses Sekolah.
- Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.
- Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.
- Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.
- Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log.
Post a Comment