Pelajar tingkatan tiga beratur bagi mohon restu sebelum bermulanya peperiksaan PMR. Turut hadir dalam majlis mohon restu YDP PIBG SMKSB.Program MOHON RESTU PMR 2012 dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan
kesedaran dan pengetahuan murid tentang pentingnya Peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah dan Implikasinya dalam menentukan hajatuju masa hadapan
mereka . Program ini juga dilaksanakan sebagai satu strategi dalam
usaha memotivasikan murid agar mereka dapat menghadapi peperiksaan
dengan kesedaran bahawa mereka tidak bersendirian. Sebaliknya banyak
harapan disandarkan kepada mereka disamping keperihatinan pihak sekolah
dan para pendidik terhadap kejayaan mereka dalam peperiksaan yang
diharungi.
Post a Comment