Paparan terbaik menggunakan firefox, google chrome atau IE v7.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
---------------------------------------------------------------------------------------------------

keputusan SPM

Calon SPM 2011 SMK Simpang Bekoh

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012 hari rabu. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Calon-calon juga boleh meyemak keputusan dengan menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Cara menyemak dengan mySMS taip:SPM [no.kp] [no angka giliran] dan hantar ke 15888 . Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
diharapkan calon spm 2011 dapat menyelesaika semua hutang (jika ada)dengan pihak sekolah sebelum mengambil keputusan SPM 2011.

warga SMKSB mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2011.

0 Response to "keputusan SPM"

Post a Comment