Semua pelajar SMKSB yang telah mendaftar untuk menyertai pertandingan ini, jangan lupa tarikh akhir untuk blog siap sepenuhnya pada 26 Disember 2010 ini.
Selamat berblog dengan selamat dan menghabiskan cuti sekolah kali ini dengan penuh manfaat.
Posted in
Info Semasa
Pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2011.
Syarat-syarat Umum:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010.
- Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
- Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
- Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.
Cara Memohon:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web:
http://esptv.moe.gov.my/2010/ atau datang sendiri (walk-in) ke SMV/SMT berhampiran.
Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.
Mengubahsuai Pilihan Permohonan:
Setiap permohonan boleh diubahsuai sehingga 26 November 2010.
Rayuan Kemasukan: Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke SMV/SMT yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.
Kemudahan Asrama:
Kemudahan asrama disediakan di semua SMV/SMT kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.
Muat Turun Borang
Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara online, sila muat turun Borang berkaitan Kemasukan ke SMV/SMT 2011 di bawah:
Borang Kemasukan -
KLIK
Borang Rayuan Kemasukan ke SMV/SMT 2011 -
KLIK
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke SMV/SMT berkenaan.
Tarikh akhir penghantaran Borang Kemasukan ialah 26 November 2010.
Muat Turun Dokumen Panduan
Panduan Kemasukan -
KLIK
Kursus-kursus yang ditawarkan di SMV/SMT 2011 -
KLIK
Senarai Sekolah -
KLIK
Posted in
Info Pendidikan
Dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh ke Tingkatan Satu(1) dan Tingkatan Empat (4) Tahun 2011 dilanjutkan sehingga 22 Oktober 2010 (Jumaat) melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my
Sekian, terima kasih.
Posted in
Info Pendidikan
MELAKA 9 Nov. -
Lebih 38 peratus kawasan di negeri ini sudah dilengkapi kemudahan jalur lebar tanpa wayar bertujuan memberi liputan lebih komprehensif dan seterusnya membangunkan perkhidmatan WiFi kepada masyarakat.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kemudahan tersebut dibangunkan oleh kerajaan negeri sendiri dan jalur lebar tanpa wayar oleh syarikat telekomunikasi swasta.
Menurutnya, lebih banyak kawasan akan dibangunkan dengan kemudahan WiFi melalui kerjasama agensi kerajaan negeri yang berkaitan dengan Mimos Bhd.
''Syarikat telekomunikasi negara, Telekom Malaysia Berhad (TM) telah membina 800 tapak di Melaka untuk kemudahan ini tetapi itu masih tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat Melaka," katanya di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, ketika ini kerjasama diadakan antara Jabatan K-Ekonomi, Mimos dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka bagi membangunkan WiFi generasi baru dikenali WiWi.
Melalui program itu kata beliau, ia menyasarkan pembangunan 40 tapak WiWi di sekitar pusat bandar.
''Pembangunan teknologi ini akan digerakkan secara agresif di seluruh negeri bagi menyediakan manfaat penggunaan Internet kepada masyarakat apabila ia diperluaskan di semua tempat berbanding hanya 38 peratus lokasi ketika ini," kata beliau.
Katanya, perkhidmatan itu juga adalah sebahagian daripada matlamat kerajaan untuk memperluaskan sistem berkenaan ke seluruh negeri pada masa depan.
Menurutnya, perkhidmatan tersebut juga membolehkan penduduk yang tinggal di luar bandar turut dapat memanfaatkan kemudahan tersebut.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1110&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm&arc=hive
Posted in
Info ICT
JIKA kita bandingkan sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) antara pelajar di Malaysia dan negara maju lain memang banyak bezanya. Sistem yang kita bina kini berasaskan acuan dan keadaan semasa di negara kita yang mempunyai banyak keunikan.
Namun, perbezaan yang ketara adalah dari segi akses kepada sumber rujukan yang menjadi antara elemen penting bagi membentuk pelajar bestari.
Pada peringkat universiti umpamanya, yuran perpustakaan yang naik mendadak sehingga RM100 satu semester kepada seorang pelajar bertujuan melanggan pangkalan data yang menempatkan jurnal antarabangsa dan maklumat pendidikan berkualiti.
Lebih daripada itu, pelbagai buku rujukan juga memudahkan mahasiswa menambah ilmu. Kemahiran Maklumat menjadi subjek wajib universiti bagi mendidik mahasiswa cara penggunaan dan akses kepada perpustakaan.
Dalam keadaan ini, mahasiswa mula terkapai-kapai kerana tidak tahu kemudahan disediakan dan baru hendak merangkak mencari bagaimanakah perpustakaan boleh digunakan secara maksimum.
Pada peringkat sekolah rendah dan menengah, kemudahan rujukan sangat terhad kerana kemudahan disediakan tertumpu kepada sistem pinjaman buku rujukan semata-mata. Di kebanyakan sekolah, sistem ini tidak berjalan lancar walaupun dengan pengawasan guru dilantik dan pustakawan.
Sumber rujukan terhad, capaian dan aspek pengurusan unit ini yang lemah antara masalah besar yang harus mendapat perhatian pihak berkaitan.
Bayangkan, sebuah sekolah yang mempunyai 800 pelajar tetapi hanya mempunyai sebilangan rak buku dan meja di pusat sumber. Selain itu, akses kepada akhbar dan majalah ilmiah amat kurang.
http://puassmksb.blogspot.com/
Bahan seperti ini hanya diletakkan di bilik guru dengan anggapan hanya guru layak untuk mengakses bahan bacaan berkenaan.
Kemudahan jalur lebar yang disediakan kerajaan amat dihargai. Penyediaan makmal komputer di setiap sekolah juga mampu membantu pelajar daripada bergantung sepenuhnya kepada bahan disediakan guru.
Kedua-dua sistem ini, yakni pusat sumber dan makmal komputer harus digerakkan secara bersepadu dengan merangka kaedah pelaksanaan baru agar kemudahan yang disediakan tidak sia-sia dan boleh digunakan secara maksimum.
Langkah ini mampu mengurangkan kebergantungan pelajar kepada bahan ilmiah daripada guru, sekali gus membendung masalah belajar untuk lulus periksa.
JEFFRY MEYER,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarkitakurangaksessumberrujukan/Article/
Posted in
Info ICT,
Info Pendidikan