Paparan terbaik menggunakan firefox, google chrome atau IE v7.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis Pelantikan Pengawas & Sistem Penalti Merit Demerit

Majlis Pelantikan Pengawas sekolah dan pss serta Sistem Penalti Merit Demerit SMK Simpang bekoh



Upacara pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah sesi 2012 telah dijalankan pada hari isnin lalu 19 mac 2012.Turut dijalankan pada pagi itu juga Sistem Penalti Merit Demerit yang baru diperkenalkan diSMKSB.
Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Perumal A/L Raju Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian kawasan Asahan.Dalam majlis itu Yb Datuk Perumal telah menyampaikan Sijil pelantikan pengawas dan Sijil Pelantikan ketua tingkatan.Penambahbaikan telah dilakukan dengan ketua tingkatan dikehendaki memakai tali leher .
Semoga semua yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berhemah.
Terima kasih juga kepada JK yang terlibat dalam menguruskan majlis dengan baik.






PERKHEMAHAN PENGAWAS 2012

Perkhemahan pengawas 2012
(kursus kepimpinan & jati diri pengawas)

Pada 23,24 dan 25 mac yang lalu pihak sekolah SMKSB telah mengadakan kem perkhemahan pengawas 2012.Seramai 60 org pengawas SMKSB terdiri daripada tingkatan 1 hingga 5 menyertai kursus kepimpinan .

Program 2 hari telah berlangsung di taman Negara lagenda gunung ledang,tangkak johor.

TAJUK :KURSUS KEPIMPINAN & JATI DIRI PENGAWAS

TEMPAT :TAMAN NEGARA LADENDA GUNUNG LEDANG
TANGKAK , JOHOR
TARIKH :23, 24 DAN 25 MARCH 2012

TEMA :MEMBINA NEGARA BANGSA

ANJURAN:BIRO INTEGRASI DAN PERPADUAN LEMBAGA DISIPLIN
DAN BADAN PENGAWAS SMK SIMPANG BEKOH





keputusan SPM

Calon SPM 2011 SMK Simpang Bekoh

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012 hari rabu. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Calon-calon juga boleh meyemak keputusan dengan menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Cara menyemak dengan mySMS taip:SPM [no.kp] [no angka giliran] dan hantar ke 15888 . Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
diharapkan calon spm 2011 dapat menyelesaika semua hutang (jika ada)dengan pihak sekolah sebelum mengambil keputusan SPM 2011.

warga SMKSB mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2011.