Paparan terbaik menggunakan firefox, google chrome atau IE v7.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerjaya Dalam Bidang Sains Komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Bidang sains komputer atau teknologi maklumat adalah satu bidang yang semakin berkembang pesat di negara kita. Negara kita Malaysia sedang menuju ke era teknologi maklumat. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan usaha kerajaan yang menjadi pemangkin kepada perkembangan Teknologi Maklumat ini.

Bidang ini pada asasnya bertujuan untuk memanipulasi data, merekabentuk, memproses semua maklumat dan seterusnya menghasilkan satu bentuk keputusan yang dikehendaki dengan cepat, cekap dan tepat serta sistematik. Justeru itu, ianya boleh dikatakan satu bidang yang amat perlu dan penting di era ini.

Program Sarjana Muda Teknologi Maklumat(Kejuruteraan Perisian) merupakan salah satu program yang ditawar dalam bidang sains komputer ini. Program yang ditawarkan ini terbuka kepada semua pelajar terutamanya lepasan STPM, Diploma, Matrikulasi atau yang setaraf dengannya. Dan saya adalah salah seorang yang sedang menuntut dalam bidang ini di salah sebuah IPTA tempatan.

Bidang ini sangat mencabar dalam pemikiran saya yang masih lagi banyak yang perlu dipelajari dalam bidang sains komputer ini. Ramai juga bertanya kepada saya mengenai peluang kerjaya dalam bidang sains komputer ini berdasarkan artikel lepas yang saya tulis mengenai bidang sains komputer menarik dan mencabar.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk membawa Malaysia ke era industri teknologi, permintaan terhadap saintis komputer di dalam sektor awam dan swasta semakin meningkat. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

1. Jurutera Perisian

2. Pembangunan Sistem Perisian

3. Juru Perunding IT

4. Penguji Perisian

5. Jurureka Web

6. Pelatih IT

7. Pengaturcara

8. Pegawai Teknologi Maklumat

9. Pensyarah IT

10. Cikgu IT

11. Web Master

12. Pentadbir Rangkaian

13. Jurutera Rangkaian

14. Juruteknik Sokongan

15. Usahawan Internet

Inilah sebahagian peluang kerjaya yang anda boleh diceburi dalam bidang sains komputer ini. Ada banyak lagi peluang kerjaya yang dapat diceburi dalam bidang ini sebenarnya. Ianya bergantung kepada peluang kerjaya yang masih terbuka kepada anda yang berminat dalam bidang sains komputer ini.

sumber:http://www.layarsukses.com/umum/kerjaya-dalam-bidang-sains-komputer/

Penjagaan komputer

Di bawah ini ada beberapa tips untuk dikongsi dengan anda dalam penjagaan komputer supaya jangka hayat lebih panjang dan lama.
  1. Anda jangan terlalu kerap ON dan OFF komputer.
  2. Elakkan daripada getaran meja kerana kebanyakan komponen elektronik amat mudah rosak.
  3. Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap.
  4. Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer ini kerana minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena komputer akan merosakkan komputer anda.
  5. Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .
  6. Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.
  7. Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk ke motherboard akan memendekkan hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan set udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur nyamuk.
  8. Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.
  9. Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.
  10. Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani sebab permaidani (carpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.
  11. Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.
  12. Gunakan AVR – Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya tetap 230V AC. ini kerana ada ketikanya terkurang/terlebih voltage terutama berlakunya petir.
  13. Back up segala data penting anda. Sebabnya jika hdd rosak, habis semua hasil kerja yang sudah disiapkan.
  14. Scan hdd sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang file bermasalah. Boleh gunakan scandisk.exe / mana mana program komersial.
  15. Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.
  16. Digalakkan gunakan 2 hard drive / hdd dformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup.

harap membantu…

Tanda-tanda Jangkitan Virus

Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus?
Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

  • PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
  • Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
  • Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
  • Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
  • Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
  • Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
  • Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  • Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
  • Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  • Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
  • Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  • Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
  • Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
  • Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
  • Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
  • Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
  • Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup  tray CD-ROM dengan sendirinya.
  • Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
  • Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
  • Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
  • Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  • Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
  • Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Sumber : Majalah Tempatan

10 Laman Web Paling Popular di Malaysia

  1. Facebook : facebook.com
  2. Google Malaysia: google.com.my
  3. Yahoo! : yahoo.com
  4. Google : google.com
  5. YouTube : youtube.com
  6. Blogger : blogger.com
  7. Windows Live : live.com
  8. Wikipedia : wikipedia.org
  9. Maybank2u.com : maybank2u.com.my
  10. MSN : msn.com
keterangan lanjut: http://www.alexa.com/topsites/countries/MY

    Jalur lebar ke kampung

    Utusan Online - 25/7/2010

    JELEBU 24 Julai - Kira-kira 2,000 buah kampung di seluruh negara bakal memperolehi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar pada tahun ini, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

    Beliau berkata, buat masa ini, lima buah Kampung WiFi ini sudah mendapat perkhidmatan tersebut termasuk di kampung baru, tradisional dan rumah panjang.

    Kampung-kampung itu termasuk di Sibu, Sarawak, Pulau Banggi di Sabah dan yang kelima hari ini dilancarkan di Kampung Teriang di sini.

    "Usaha penyediaan perkhidmatan jalar lebar ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan kadar penembusan jalur lebar kepada rakyat di negara ini seperti yang disasarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Rais kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan WiFi di Kampung Teriang hari ini.

    Najib pada 24 Mac lalu melancarkan inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.
    Salah satu daripada enam inisiatif berkenaan ialah pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti atas nama PJK yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi melibatkan peruntukan RM60 juta.

    Rais berkata, bagi mencapai matlamat penembusan jalur lebar, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang berusaha meluaskan perkhidmatan tersebut kepada seluruh rakyat.

    Beliau berkata, kadar penembusan jalur lebar di negara ini adalah sangat baik sehingga boleh mencapai 50 peratus tidak lama lagi.

    "Perkhimatan jalur lebar kini mendapat permintaan yang tinggi daripada rakyat," katanya. - BERNAMA

    Kaedah baru tangani pornografi di Internet

    Utusan Online
    26/07/2010

    BATU PAHAT 25 Julai - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menjadikan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan keperluan menapis bahan pornografi di Internet sebagai 'perisai baru' untuk menangani gejala negatif itu yang semakin berleluasa.

    Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pandangan bekas Perdana Menteri itu akan memudahkan pihaknya untuk mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah itu tanpa disalahertikan oleh mana-mana pihak yang kononnya mengagungkan kebebasan maklumat tanpa batasan di Internet.

    "Saya amat mengalu-alukan pandangan Tun (Mahathir) kerana selama ini kami keseorangan dalam hal menyajikan maklumat di Internet. Lebih ramai pemimpin menyuarakan hal ini, lebih mudah bagi kami.

    "Dengan menggunakan tuntutan undang-undang (bagi menangani bahan pornografi), ada sahaja pihak yang cuba menyalah ertikan. Sebenarnya, kita ada Seksyen 265 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menangani hal ini," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Mengenang Tokoh Negarawan Allahyarham Tun Hussein Onn di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) anjuran Arkib Negara di sini hari ini.

    Turut hadir pada program itu adalah balu Allahyarham Tun Hussein, Tun Suhailah Tan Sri Mohamed Noah, isteri Rais, Datin Seri Masnah Rais, Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Sidek Jamil dan Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin.

    Media baru-baru ini melaporkan Dr. Mahathir menyuarakan pandangan supaya bahan pornografi di Internet ditapis kerana dibimbangi menjadi punca berlaku peningkatan jenayah seksual.

    Rais berkata, masih terlalu awal untuk mewujudkan mekanisme bagi menangani penyebaran pornografi di Internet.

    Namun, jelasnya, perbincangan secara halus dan objektif akan diadakan bagi menangani masalah itu supaya tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak sebagai menyekat kebebasan.

    ''Jika sumber bahan pornografi itu dikesan diperoleh daripada pembekal perkhidmatan Internet di dalam negara, kita boleh mengambil tindakan namun buat masa ini kita tidak berkeupayaan menghalang penyebaran bahan itu yang dibekalkan dari luar negara,'' katanya.

    Sehubungan itu, katanya, perlu ada mekanisme dalaman supaya pornografi tidak jadi bahan yang meluas di Internet.

    Dalam masa sama, tegasnya, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak supaya gejala ini dapat diatasi.

    Pengagihan netbook secara berfasa mulai bulan ini

    Utusan Online - 21/07/2010 3:46pm

    KUALA LUMPUR, 21 Julai - Program pengagihan komputer riba (netbook) di bawah Inisiatif Jalur Lebar Nasional (NBI) akan dilaksanakan secara berfasa bermula Julai hingga hujung tahun ini.


    Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, ia akan melibatkan koordinasi dan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana serta penyedia perkhidmatan.


    "Bagi mempraktikkan penggunaan netbook tersebut, kementerian mengenal pasti mereka yang layak yang tinggal berhampiran 246 Pusat Komuniti Jalur Lebar (PJK) di seluruh negara.


    "Adalah dijangka melalui usaha-usaha ini, sasaran kerajaan bagi meningkatkan penembusan jalur lebar isi rumah kepada 50 peratus menjelang akhir 2010 akan dapat dicapai," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, hari ini.


    Beliau menjawab soalan Senator Datuk Rizuan Abdul Hamid yang ingin tahu langkah kerajaan untuk menjayakan inisiatif jalur lebar daripada segi pembekalan komputer riba dan sasaran penerimanya.

    Salang berkata, pengagihan komputer riba kepada kumpulan sasar berdasarkan nisbah dengan 65 peratus daripada jumlah komputer riba akan diagihkan kepada golongan pelajar yang kurang mampu.

    "Sasaran yang ditetapkan adalah pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 bagi kawasan luar bandar dan RM5,000 bagi kawasan bandar dengan keutamaan diberi kepada pelajar sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan yang masih tiada pemilikan komputer dan langganan jalur lebar di rumah," katanya.


    Baki 35 peratus pula akan diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan kurang liputan serta kawasan yang telah tersedia perkhidmatan, dengan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dan masih tiada pemilikan komputer dan langganan jalur lebar di rumah. - Bernama

    Sindrom Carpal Tunnel

    Untuk semua orang yang bekerja sehari-hari dgn komputer. Kesalahan harian penggunaan papan kekunci (keyboard) dan tetikus (mouse) akan menyebabkan Sindrom Carpal Tunnel.

    Sindrom Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

    Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.

    Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

    Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.

    Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

    1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

    2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

    3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

    Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulang-ulang dan dengan kuat.

    Bagi pengguna komputer, diingatkan agar menggunakan mouse dan keyboard dengan betul.


    --------------------------------------------------------




    Langkah Pencegahan

    Sentiasa amalkan senaman pada pergelangan tangan selepas beberapa tempoh masa menggunakan komputer.

      


    Jika mengalami simptom yang tidak teruk, anda boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat "cold packs" (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.

    Kedudukan Postur Badan Semasa Menggunakan Komputer

    Adakah memiliki postur yang baik penting? Jawapannya, ya. Dekan Klinik-klinik di Universiti Sains Kesihatan Kebangsaan di Lombard, Jeffrey Bergin pernah berkata, kedudukan postur yang teruk boleh menyebabkan tulang terbentuk secara abnormal.

    Mereka yang tidak mempunyai postur yang baik akan mengalami kesakitan kronik pada tangan, leher dan bahu serta kecederaan gerakan berulang seperti sindrom carpal tunnel.

    Sebahagian besar penyakit ini boleh dicegah dan disingkirkan jika perhatian diberikan kepada kedudukan postur yang baik, penggunaan beg galas yang betul dan bagaimana serta berapa lama anda patut menghabiskan masa di hadapan komputer.

    "Kedudukan postur yang baik dapat memastikan tekanan pada otot dan ligamen dikurangkan," kata Bergin.

    Menurut laman web Spine Universe.com, kedudukan postur yang baik boleh mencegah keletihan otot dan sakit belakang, mengurangkan kehausan pada sendi, ligamen, tulang serta dapat menyumbang kepada penampilan yang lebih menawan.

    Jadi, apakah itu kedudukan postur yang baik?

    Postur adalah kedudukan tubuh seseorang baik sewaktu berdiri mahupun duduk atau berbaring. Ia memerlukan keseimbangan otot dengan tulang belakang, fleksibiliti otot dan gerakan normal pada bahagian sendi.

    Mereka yang memiliki kedudukan postur yang baik sedar apabila sebarang berlaku perubahan pada postur itu. Postur terbentuk daripada satu kombinasi kawalan otot yang baik, kekuatan dan keyakinan diri. Mereka yang mempunyai kedudukan postur yang baik duduk dengan tegak dan kepala mendongak.

    Apakah jenis-jenis kedudukan postur yang bermasalah?

    Penggunaan beg galas yang tidak betul boleh mengakibatkan pelbagai masalah belakang dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menghabiskan banyak masa di hadapan komputer, menonton televisyen dan bermain permainan video lazimnya memiliki kedudukan postur yang lemah. Membongkokkan tubuh sewaktu berjalan atau makan juga masalah biasa.

    Bagaimana jika anda membongkok ketika menggunakan komputer?

    Sekiranya anda membongkok ketika menggunakan komputer, penggunaan meja dan kerusi yang betul boleh memperbetulkan kedudukan posturnya. Kaki mereka sepatutnya menyentuh lantai. Paling tidak, letakkan bantal di belakang tubuh atas kerusi untuk memberi sokongan yang diperlukan.

    Jika pengguna kanak-kanak menggunakan kerusi orang dewasa, pastikan bangku kecil diletakkan agar terdapat sokongan pada kakinya.

    Seorang profesor dari Jabatan Ortopedik Universiti Temple, Dr. Kritine Fortuna turut mengesyorkan tumpuan masa yang dihabiskan di hadapan permainan video atau televisyen dihadkan kepada 20 minit setiap sesi.

    Apakah kedudukan postur yang baik semasa menggunakan komputer?


    Amalkan duduk pada kedudukan postur yang betul. Ini akan mengurangkan kesakitan sendi, otot dan bahagian belakang badan anda.

    PENJAGAAN MATA

    Mengapa penjagaan mata amat penting kepada anda?
    Mata sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, udara kering, angin, alat solek dan pelbagai faktor persekitaran lain.

    Faktor-faktor ini boleh menyebabkan mata anda berisiko untuk mendapat:
    * Jangkitan
    * Alahan
    * Kecederaan
    * Kelesuan mata

    Bagaimanakah anda perlu menjaga mata anda?

    Menonton TV:

    * Dengan jarak lebih daripada 2 meter

    * Jika anda mendapati diri anda menonton TV terlalu dekat dengan skrin, anda perlu menjalani ujian penglihatan

    * Jangan menonton TV secara berbaring


    Semasa Membaca:

    * Memegang bahan yang dibaca pada jarak 33cm hingga 40cm
    * Jangan membaca sambil berbaring

    Semasa Menggunakan Komputer:

    * Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit
    * Lakukan pertukaran posisi bekerja. Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda
    * Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama
    * Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan
    * Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 16 hingga 28 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa
    * Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor
    * Jika perlu, pakai cermin mata yang bersesuaian.
    * Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer

    Pastikan anda mendapat cahaya yang mencukupi semasa membaca:

    * Cahaya lampu 60 watt hingga 100 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai penglihatan yang normal

    * Cahaya lampu 150 watt hingga 200 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai tahap penglihatan yang kurang

    * Gunakan alat pelindung mata semasa menyertai aktiviti sukan.



    Jaga Pemakanan
    Lebihkan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak merah, bayam, betik dan tomato.

    Jangan memandang dengan tepat ke arah matahari:

    * Cara yang paling berkesan untuk melindungi mata daripada cahaya matahari ialah memakai cermin mata gelap yang direka khas untuk menghalang radiasi ultra ungu

    * Jangan memandang tepat ke arah matahari walaupun menggunakan cermin mata gelap





    Elakkan penggunaan sebarang ubat mata tanpa arahan.

    Dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai masalah berikut:
    * Mata merah
    * Kesakitan yang teruk pada mata
    * Penglihatan kabur
    * Benda asing di dalam mata
    * Kecederaan pada mata

    1 juta komputer riba 1Malaysia

    Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA 
    pengarang@utusan.com.my
    16/07/2010



    KUDAT 15 Julai - Satu juta komputer riba 1Malaysia akan diagihkan kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara dalam usaha memberi peluang kepada golongan itu menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

    Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pengagihan komputer riba kepada pelajar golongan berpendapatan rendah oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

    "Buat permulaan, fasa pertama ini Sabah bakal menerima 10,000 komputer dan di Kudat sahaja kita akan beri 500 buah komputer melalui 20 buah Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK)," katanya.

    Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Komputer Riba 1Malaysia dan Pelan Transformasi Perkhidmatan Pos di Sabah dan Sarawak di Dewan Terbuka Kampung Karakit, Pulau Banggi dekat sini hari ini.

    Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Banggi, Mijul Unaini; Pengerusi SKMM, Tan Sri Khalid Ramli dan Pengarah Urusan Korporat Pos Malaysia Berhad, Datuk Syed Faisal Albar.

    Pada majlis itu juga, Rais turut menyampaikan sumbangan komputer 1Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah di Pulau Banggi dan beberapa wakil rakyat kawasan itu.

    Menurut beliau, kadar penggunaan jalur lebar di Sabah kini adalah 17.3 peratus di mana sasaran pada penghujung tahun ini sebanyak 30.1 peratus.

    "Melihat situasi ini, mahu tidak mahu kadar pemilikan komputer dan penggunaan jalur lebar harus ditingkatkan.
    "Barulah nanti masyarakat kita celik teknologi maklumat setanding dengan rakyat di negara maju yang lain," katanya.

    Rais berkata, sasaran kerajaan adalah untuk mencapai 50 peratus penggunaan Internet daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia menjelang hujung tahun ini.

    Perisian Antivirus

    Bantu komputer anda agar sentiasa sihat dengan bertanya diri anda sendiri soalan-soalan yang berikut:

    Adakah anda memasang perisian antivirus pada komputer anda? 

    Banyak pengeluar komputer yang utama menyertakan sekurang-kurangnya versi cubaan bagi pakej antivirus yang popular pada komputer baru.

    Klik Start, dan kemudian klik Programs. Cari item di senarai yang mengandungi perkataan "antivirus", atau cari McAfee, Norton, ataupun Symantec, yang mana merupakan pengeluar produk antivirus yang terkenal.

    Sekiranya anda tidak mempunyai perisian antivirus yang terpasang, periksa syarikat perisian antivirus yang berikut bagi tawaran istimewa terhadap produk mereka:
    Computer Associates (12 bulan percuma)
    McAfee Security
    Symantec

    Sekiranya anda telahpun mempunyai perisian antivirus yang terpasang, tetapi anda ingin memasang produk yang baru daripada syarikat lain berlainan, pastikan anda nyahpasang produk yang ada sebelum memasang produk yang baru. Jika anda membiarkan versi yang terdahulu terpasang, konflik boleh berlaku terhadap sistem anda.

    Adakah perisian antivirus anda terkini?

    Perisian antivirus yang ketinggalan zaman bermakna perisian antivirus yang tidak berkesan. Perisian antivirus bergantung pada kemas kini yang teratur untuk membantu melindungi daripada ancaman yang terbaharu. Jika anda tidak melanggani kemas kini ini, komputer anda mungkin rentan terhadap ancaman.

    Pastikan anda mempunyai langganan yang diaktifkan untuk kemas kini yang terus menerus bagi perisian antivirus anda.

    Kebanyakan perisian antivirus mengemas kini dirinya sendiri semasa anda tersambung kepada Internet. Untuk memastikan perisian anda adalah terkini, buka atur cara antivirus anda daripada menu Start atau kawasan pemberitahuan bar tugas dan cari status kemas kini. Jika anda masih tidak pasti sama ada perisian antivirus anda adalah terkini, hubungi pembekal perisian antivirus anda.

    Adakah perisian antivirus anda disediakan dengan betul untuk memberikan kemungkinan perlindungan yang terbaik?

    Pengesetan yang berikut hendaklah dihidupkan secara default semasa anda memasang perisian. Jika anda mematikannya atas apa-apa sebab, pastikan anda menghidupkannya semula sebelum anda menyambung kepada Internet.

    Pengimbasan "semasa akses" atau "masa nyata" hendaklah dihidupkan. Suatu ikon dalam kawasan pemberitahuan anda sepatutnya muncul untuk menunjukkan bahawa pengesetan ini telah terpasang.

    Perisian antivirus sepatutnya melaksanakan imbasan berjadual terhadap cakera keras anda.

    Perisian antivirus sepatutnya dikonfigurasi untuk mengimbas mesej e-mel.

    Sumber: http://www.microsoft.com/singapore/protect/malay/winXP/

    Virus Komputer


    Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.

    Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.

    Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.

    Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.

    sumber: wikipedia.org

    Sekuriti Komputer

    Amalan untuk Menjaga Sekuriti

    Terdapat beberapa amalan yang perlu dititikberatkan oleh setiap pengguna komputer dimana amalan-amalan ini jika diamalkan akan mampu meningkatkan tahap keselamatan komputer anda. Secara amnya, setiap kali perisian sistem pengoperasian komputer dipasarkan(release), segala ciri-ciri keselamatan adalah ditahap optimum, dimana tiada sebarang perubahan perlu dilakukan melainkan terdapat pengumuman yang mengatakan terdapat pepijat dan keluaran sistem itu perlu dipatchkan. Diantara amalan-amalan yang baik diamalkan adalah:

        * Jangan mengubah apa-apa file yang berkaitan dengan konfigurasi melainkan anda hanya benar-benar mengetahui apa yang anda ubah.
        * Menggunakan password yang kukuh dan benar-benar selamat untuk setiap pengguna yang ada didalam sistem anda.
        * Jangan memasang aplikasi yang diambil dari laman-laman yang tidak di iktiraf kerana mungkin terdapat lubang/backdoor yang mampu membuka kelemahan pada sistem yang sedia ada.
        * Menggunakan NoScript Extension yang terdapat pada Firefox. Add-on ini merupakan add-on yang sangat berguna kepada penggemar-penggemar internet yang kerap melayari laman-laman yang tidak selamat. Untuk mengetahui cara pemasangan addon ini, sila rujuk pemasangan NoScript Extension.
        * Melakukan Back-up dengan kerap - Dengan melakukan backup, anda mampu memuatkan konfigurasi-konfigurasi penting sekiranya konfigurasi tiba-tiba rosak/terpadam. Pastikan backup anda berada didalam keadaan elok.

    Takrifan Sekuriti

    Sekuriti komputer boleh ditakrifkan dalam ciri-ciri:

       1. Confidentiality - kerahsiaan, iaitu aset hanya boleh dicapai / digunapakai oleh pihak yang tertentu sahaja;
       2. Integrity - Keutuhan, iaitu aset tersebut hendaklah boleh dipercayai dan tidak boleh diubahsuai oleh pihak yang tidak berkenaan;
       3. Availability - Aset tersebut boleh digunakan/dicapai bila diperlukan pada ianya diperlukan.

    Secara Amnya, sekuriti komputer bertujuan menjaga aset yang terdiri dari maklumat dan data dari dicerobohi oleh pengguna luar yang ingin memanipulasi maklumat tersebut.

    Kategori-kategori Aplikasi Sekuriti

    Terdapat beberapa jenis aplikasi sekuriti yang boleh di asing mengikut kategori masing-masing. Diantara kategori yang dapat dilihat ialah:

        * Antivirus.
        * Sistem Mengenalpasti pencerobohan(Intrusion Detection System) atau lebih dikenali dengan IDS.
        * Sistem Pencegahan Pencerobohan(Intrusion Prevention System) atau lebih dikenali dengan IPS.
        * Proksi(proxy)


    Sumber:
    http://wiki.ubuntu.com.my/Sekuriti

    Penduduk luar bandar dilatih guna ICT

    Utusan Online
    12/07/2010 2:24pm

    MELAKA 12 Julai - Kerajaan akan memastikan pembangunan infrasruktur untuk kemudahan jalur lebar di kawasan luar bandar dan pedalaman berkembang seiring dengan modal insan yang menjadi pengajar kepada penduduk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

    Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, langkah itu penting dalam memastikan penduduk dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan jalur lebar itu.

    Pusat Internet Desa dan Pusat Jalur Lebar Komuniti, adalah antara kemudahan yang disediakan kerajaan untuk penduduk luar bandar belajar mengakses kemudahan ICT seperti menyediakan laman web dan melayari internet, katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Komunikasi Jalur Lebar 2010 di sini, hari ini.

    Salang berkata, masih banyak kawasan luar bandar dan pedalaman belum disediakan dengan kemudahan jalur lebar berbanding kawasan bandar yang pencapaiannya baik termasuk jalur lebar berkelajuan tinggi. - Bernama

    Penjagaan Monitor

    Penjagaan perkakasan komputer perlu dilakukan secara berterusan. Ambil satu masa yang terluang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan perkakasan. Langkah penjagaan monitor:-

    • Guna tisu atau kain lembap, lap habuk atau debu dan kesan-kesan jari di permukaan skrin dan badan monitor.
    • Kesan degil boleh dibuang dengan kapas yang dititik cecair pencuci CD.
    • Vakum lubang udara dengan dibantu berus kecil.
    • Ubah suis kecerahan dan kontras di panel monitor ketahap sederhana.
    • Untuk memanjangkan hayat monitor, jangan menutup lubang udara dengan barang perhiasan atau kain tebal.
    • Jarakkan monitor dan dinding sebesar 20 cm untuk laluan udara.

    'Jangan jual komputer riba'

    Utusan Online
    Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 6 Julai - Setiap penerima komputer riba di bawah program Komputer 1Malaysia diingatkan agar tidak menjual kemudahan yang diberikan secara percuma oleh kerajaan itu.

    Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, pemberian komputer itu akan direkodkan dan penerima yang menjualnya akan dikenakan tindakan.

    "Kerajaan berharap setiap penerima komputer riba itu tidak menjualnya dan sekiranya ingkar kerajaan akan mengambil tindakan ke atas perbuatan tersebut," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

    Beliau menjawab soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) mengenai terdapat penerima komputer riba yang ditawar RM700 oleh pihak tertentu untuk membeli kemudahan itu kerana ada kalangan mereka tidak mempunyai bekalan elektrik dan kemahiran untuk menggunakannya.

    Salang berkata, kawasan yang tidak mempunyai liputan jalur lebar dan kemudahan elektrik, komputer berkenaan tidak akan diagih buat sementara waktu.

    Menjawab soalan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) mengenai sistem pengagihan komputer percuma itu, jelasnya, pemberian kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 bagi kawasan luar bandar dan bawah RM5,000 bagi kawasan bandar adalah berdasarkan nisbah yang ditetapkan.

    Menurutnya, 65 peratus komputer itu akan diagih kepada pelajar dengan keutamaan diberi kepada pelajar sekolah menengah kerajaan serta bantuan kerajaan yang masih tiada komputer dan langganan jalur lebar.

    "Sebanyak 35 peratus dibahagikan kepada golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan kurang liputan serta kawasan yang mempunyai perkhidmatan itu dengan sasaran pengagihan meliputi kampung tradisi, kampung-kampung baru dan pusat penempatan masyarakat setempat di seluruh negara," katanya.

    Jelasnya, setiap isi rumah hanya layak menerima satu unit komputer riba dan program pengagihan kemudahan itu dilaksana secara berfasa bermula Jun lalu sehingga akhir tahun ini.

    "Bagi fasa pertama, sebanyak 123,000 unit komputer telah dan akan diagih ke seluruh negara melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, industri kecil dan sederhana (IKS) dan pihak penyedia perkhidmatan," katanya.

    Penjagaan Papan Kekunci Dan Tetikus

    Apakah dua perkakasan luar yang paling banyak bergerak atau paling aktif? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah papan kekunci dan tetikus. Sudah pasti penjagaannya lebih dari yang lain kerana kedua-duanya juga mudah rosak. Satu lagi perkakasan yang sangat aktif, tentunya cakera keras yang setiap ketika berpusing tanpa henti-henti. Penjagaannya lebih kepada penutupan yang betul dan penyusunan fail yang kerap.


    A - Papan kekunci
        * Cuci permukaan papan kekunci dengan kain atau tisu lembap.
        * Vakum celah-celah kekunci dengan dibantu berus kecil.
        * Guna cecair pencuci CD dengan tisu pada tanda-tanda degil.


    B - Tetikus


        * Pusingkan penutup ke kiri atau ke kanan , keluarkan bebola tetikus dan cuci dengan kapas campur setitik dua cecair pencuci CD.
        * Guna kapas bayi untuk mencuci bahagian dalam tetikus.
        * Cuci pad tetikus dengan kain lembap.

    Perisian Disk Defragmenter Untuk Kelajuan Komputer

    Disk Defragmenter ialah utiliti yang didatangkan bersama – sama sistem pengoperasian Microsoft Windows. Tidak kira versi Window yang anda gunakan samada Windows 95, Windows 98, Windows Me, Windows XP, Windows Vista Windows  terbaru Windows 7 mesti mempunyai sistem utiliti ini. Disk Defragmenter ini ditugaskan menyusun fail sistem komputer bagi membantu sistem pengoperasian Windows membaca dengan lancar dan laju.

    3 Perisian Disk Defragment selain dari yang terdapat dalam Windows anda ialah:-

    1. Diskeeper
    Diskeeper merupakan perisian yang melakukan kerjanya di belakang bermaksud di sini ia akan melakukan proses Defrag ini secara Automatik tanpa anda sedari dan juga tidak mengganggu kerja anda. Anda pasti teruja sekiranya menggunakan perisian ini. Antaramukanya  mudah digunakan.

    Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.diskeeper.com/diskeeper/home/diskeeper.aspx.

    2. Auslogics Disk Defrag

    Auslogics Disk Defrag ini sama fungsinya dengan yang lain. Ia dibangunkan untuk mengoptimumkan kelajuan cakera keras [hard disk] yang terdapat di pasaran pada masa sekarang. Ia mudah, senang untuk digunakan dan  laju. Anda boleh defragment multiple disks atau memilih fail atau folder untuk di defrag. Ia juga mempunyai fungsi terpadam atau keluar sendiri apabila proses defrag itu selesai. Yang penting ianya PERCUMA.

    Info lanjut:- http://www.auslogics.com/en/software/disk-defrag/overview

    3. Defraggler
    Defraggler perisian yang dibangunkan oleh syarikat yang membangunkan perisian paling laris iaitu CCleaner dan Recuva. Ia mudah untuk digunakan. Ia boleh defrag disk secara serentak, folder dan juga fail -  fail secara pantas. Apabila Defraggler ini melakukan tugasnya ia akan memperlihatkan semua fail yang telah didefragkan dan membenarakan anda untuk memilih sama ada, perlu atau tidak cakera tersebut didefrag atau tidak. Seperti perisian mereka yang lain, ia didatangkan secara PERCUMA.

    Keterangan Lanjut:- http://www.defraggler.com/